A Voice from Singapore Malay


“Pihak kerajaan dapat bantu memberikan lapangan yang rata untuk semua”

Dr. Suzaina Kadir, 41
Pensyarah Kanan Sains Politik, Lee Kuan Yew School of Public Policy (Institut Dasar Umum Lee Kuan Yew)

“Jika anda tanya saya apakah maksud “keadilan perkauman”, jawapan saya adalah ia bermaksud hak yang sama untuk semua dalam mendapatkan peluang dan sumber. Ini tidak sepatutnya dilihat dari segi perkauman sahaja tetapi dari segi semua pihak dan perkumpulan.

Perkara ini menjadi rumit apabila kita mengahadapi peninggalan sejarah yang telah menindas hak kumpulan-kumpulan tertentu termasuk penindasan dari segi kaum. Maka persoalan ini berkembang menjadi sama ada pihak kerajaan harus bertindak mewujudkan suatu suasana di mana semua pihak menmpunyai peluang yang sama.

Terdapat pihak yang menyatakan perbuatan ini adalah “meratakan padang persaingan yang tidak rata”. Terdapat pelbagai pendekatan untuk pihak kerajaan cuba untuk mencapai matlamat ini.

Saya bersetuju dengan peringatan Menteri Mentor Lee Kuan Yew dalam Parlimen bahawa kita mesti mengingati “titik permulaan” kita. Kita perlu memahami perbincangan mengenai hubungan perkauman yang wujud ketika dan semasa waktu merdeka. Hanya dengan inilah kita boleh memahami maksud dan matlamat yang membentuk dasar-dasar yang berkenaan dengan perkauman di Singapura. Saya bersetuju bahawa kita sering tidak berbuat demikian dan tidak memahami ini dengan sepenuhnya.

Penting juga kita berbuat demikian untuk menilai sepenuhnya apa yang kita telah capai dan bolehkah kita beralih daripada dasar sekarang. Pemahaman mendalam adalah perlu untuk kita menilai pencapaian kita sama ada telah mencapai matlamat asal kita serta adakah kita telah melakukan kesalahan atau tidak.

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2009/09/voice-from-singapore-malay.html



Comments
Loading...