Merdeka dari mereka
By Adib Zalkapli (The Malaysian Insider)
OGOS 31 — Hari Merdeka tahun ini agak mengejutkan buat saya, kerana saya dipanggil bacul!
Tiba-tiba saya rasa terperangkap dan terpaksa mengikut kelompok-kelompok tertentu.
Dalam minggu-minggu menjelang 31 Ogos tahun ini banyak sekali kita terdengar seruan-seruan supaya orang Melayu "membuat sesuatu" terhadap masyarakat minoriti dalam negara ini yang semakin "melampau."
Antara yang membuat seruan ini adalah orang yang duduk dalam lembaga-lembaga pengarah beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, yang tiba-tiba menggunakan ungkapan "kita orang Melayu" dan berpesan kepada saya supaya "jangan bacul."
Tiba-tiba sahaja, rupa-rupanya saya mempunyai pertalian dengan orang-orang ini.
Baru-baru ini juga saya diberi amaran oleh sekumpulan anak muda yang mendakwa mewakili semua orang Melayu, bahawa saya akan terpinggir di negeri Selangor.
Katanya, arak akan berleluasa.
Babi juga akan dijual merata-rata.
Dan saya sekali lagi diberitahu sebagai orang Melayu, saya perlu bangkit bersama-sama.
Terperanjat lagi saya, kerana mereka ini beria-ia hendak mengajak saya menjadi sebahagian daripada mereka.
Read more at: Merdeka dari mereka