‘Perumpuan Puaka Part 4’ popular dalam kampus
Selepas penyebaran 3 video ‘Perumpuan Puaka’ di laman perkongsian video Youtube, kini ‘Perumpuan Puaka Part 4’ pula semakin banyak di muat turun oleh warga kampus terutamanya di Universiti Malaya.
Kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di universiti tersebut tempoh hari dengan tulisan ‘Altantuya, Puaka, Pembunuh, c4’ menarik perhatian warga kampus untuk menonton video sambungan tersebut.
Kes yang telah mengheret 2 orang mahasiswa iaitu Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahrul Deen ke mahkamah mendapat perhatian ramai minggu lalu.
Mereka juga telah bersemuka dengan Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon semalam dipercayai bagi membuat beberapa penjelasan berkenaan kes tersebut.