Polis mula bertindak isu video Rosmah “Puaka”


Klip video Rosmah Mansor Perempuan “Puaka” yang disiarkan oleh Malaysia Today sebanyak tiga siri disini, disini dan disini telah menggemparkan negara.

Diantara reaksi kepada video ini ialah apabila mahasiswa Universiti Malaya menconteng  “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor minggu lalu.

Dua orang mahasiswa telah ditahan berhubung dengan isu ini dan sehingga kini masih belum dibebaskan (apakah polis sudah mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman mahasiswa-mahasiswa ini? Jika tidak, diatas Akta apakah polis menahan mereka ini?). Klik disini.

Sebagai susulan daripada penahanan dua orang mahasiswa ini, polis telahpun menggeledah beberapa rumah yang didiami oleh mahasiswa-mahasiswa ini termasuk juga rumah yang didiami oleh mahasiswi. Klik disini.

Ada yang menyifatkan cara mahasiswa ini ditahan seperti apa yang berlaku kepada A. Kugan yang terbunuh dalam tahanan polis tidak berapa lama dahulu. Klik disini.

Terbaru, polis menghubungi seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin mengenai isu video “Rosmah Mansor Perempuan Puaka”. Klik disini. Apakah tindakan yang akan diambil? Masih terlalu awal untuk meneka.

Read more at: http://www.aminiskandar.com/?p=2144



Comments
Loading...