PPSMI: Parut Yang Kekal


Oleh HASMI bin HASHIM

Katakanlah, minggu depan kerajaan akan mengumumkan penarikan semula dasar pembelajaran matematik dan sains dengan bahasa Inggeris.

Katakanlah, pengumuman menteri atau mungkin sahaja oleh perdana menteri sendiri dibuat dengan hujah penuh ‘insaf’, kononnya, demi mengembalikan maruah dan peranan bahasa ibuanda sebagai bahasa akademik. Apakah kita lupa?

Apakah rakyat, khususnya orang Melayu segera menyatakan “ya!” dan kembali menyatakan sokongan kepada Umno-BN? Saya tidak fikir, orang Melayu begitu mudah boleh diperkotak-katikkan lagi. Dan, apakah sasterawan kita pun sekonyong-konyong membuat kenyataan terbuka seraya dilaporkan besar-besaran oleh media arus perdana, konon beginilah sikap kerajaan yang ‘memahami’ kehendak rakyat! Sana-sini orang bakal mengucapkan “terima kaseh”…

Ya, mungkin sebagai bangsa yang beradap, kita perlu mengucapkan kata-kata itu. Mungkin sahaja kita memaafkan… namun bagi setiap noda besar yang sebegitu, sepatah kata Nelson Mandela, kita mungkin akan memaafkan, tapi tidak melupakan.

Saya kata begini, apabila saya tahu ramai yang muak dengan sikap kompromi segelintir penulis yang beriya-iya mengucapkan kekaguman luar biasa apabila ada pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan PPSMI. Seakan-akan terlalu besarlah kesedaran pemimpin Umno itu, termasuk misalnya daripada Timbalan Menteri Pelajaran mahupun oleh Ketua Pemuda Umno. Kemunafikan mereka, tidakkah jelas nyata?

Saya masih ingat, tatkala di penjara lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu tegas dalam soal bahasa. Keseriusan beliau terbias di dalam Ucapan Dasar dalam setiap kali Kongres Nasional Keadilan dan tidak boleh tidak, isu bahasa Melayu wajib disentuh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Ya! Saban tahun dan tidak pernah sekalipun diabaikan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...