Langkah menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera
Saya, Lukas anak Ambah seorang anggota tentera yang berkhidmat di salah sebuah pasukan Tentera Darat Malaysia dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:
1. Saya berkhidmat di salah satu pasukan dalam Tentera Darat Malaysia. Saya membuat aduan ini untuk menjaga nama baik serta integriti Angkatan Tentera Malaysia.
2. Pada 15 Jun 2009, saya telah diarahkan oleh pegawai atasan saya untuk mengumpulkan anggota-anggota di bawah jagaan saya untuk mengikuti program Senamrobik Perdana yang akan diadakan di Kem Sungai Buloh pada 28 Jun 2009.
3. Pegawai atasan saya telah menunjukan salinan signal yang telah diterima berhubung program Senamrobik Perdana tersebut. Antara kandungan signal tersebut ialah:-
a) Program tersebut akan diadakan di Kem Sungai Buloh pada hari Ahad 28 Jun 2009 bermula dari jam 0700 hingga 1100.
b) Semua anggota yang akan terlibat dalam program tersebut mestilah ahli Koperasi Tentera.
c) Signal tersebut adalah dari Jabatanarah Kor saya.
d) Seorang Pegawai sekurang-kurangnya berpangkat Kapten hendaklah dilantik sebagai Kempen Manager.
e) Setiap pasukan mestilah memaklumkan kekuatan anggota yang akan hadir serta keperluan kenderaan untuk program tersebut.
4. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan signal tersebut kerana program Senamrobik Perdana yang bakal diadakan tersebut adalah pada hari dimana Koperasi Tentera dijangka mengadakan mesyuarat agong serta pemilahan ahli-ahli lembaga Pengarah yang baru, iaitu pada sebelah petangnya. Apakah kaitannya senamrobik dengan keahlian Koperasi Tentera?
5. Saya mengesyakki bahawa ada usaha-usaha untuk menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera pada pemilihan kali ini dengan membawa anggota-anggota dalam jumlah yang amat ramai untuk memenangkan calon-calon pilihan dan proksi kepada pimpinan tertinggi Tentera Darat.
6. Saya juga mengesyakki bahawa usaha-usaha ini mendapat restu dan arahan dari pimpinan tertinggi Tentera Darat berdasarkan 'keberanian' Jabatanarah mengeluarkan signal yang secara terang-terangan menyalahi tata-etika proses pemilihan ahli lembaga Koperasi Tentera dan mewujudkan satu perkembangan serta persaingan yang tidak sihat dengan menggunakan pangkat serta kedudukan seterusnya memperolehi satu kaedah paksaan dalam penggundian demi mencapai tujuan mereka.
7. Adalah dipercayai, usaha-usaha jahat dan tidak bermoral ini bertujuan untuk menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera dan seterusnya menyalahgunakan dana Koperasi Tentera yang bernilai berbillion-billion ringgit. Mereka juga harus sedar bahawa perbuatan mereka itu secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa dengan membawa penggundi-penggundi dari luar Kuala Lumpur dengan menggunakan aset kerajaan secara paksaan tanpa gagal. Fenomena ini akan menimbulkan kesesakan jalanraya yang amat serius terutama di sepanjang jalan menuju ke Sg Buloh.
8. Saya khuatir sekiranya usaha kumpulan ini berjaya, kebajikan serta nasib ahli-ahli Koperasi tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana tujuan utama mereka adalah hanya untuk memenuhkan tembolok mereka sahaja.
9. Saya mahu suatu lembaga siasatan ditubuhkan dengan kadar segera untuk menyiasat perkara ini.
10. Mesyuarat dan pemilihan ahli-ahli lembaga Pengarah yang baru hendaklah ditangguhkan sehinggalah siasatan lengkap tersebut selesai dan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa tuduhan-tuduhan di atas adalah benar belaka.
Yang benar,
Lukas anak Ambas
(Tentera Prihatin)