Umno berbelanja melebihi had yang dibenarkan, kerajaan 2004 kerajaan haram


Ini isu 'lapok' tetapi baru – baru ini kedengaran balik sebab Umno masih belum hendak bayar hutang bahan kempen pilihanraya mereka.

By Chegubard

Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan. Saman ekoran kegagalan Umno menjelaskan hutang barangan pilihanraya 2004 yang ditempah oleh Bendahari Umno yang berjumlah RM218,013,47.

Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Bagaimanapun pada 21 Januari lalu Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.

Itu perkara biasa mahkamah mainan 'regim' ini, tetapi yang pasti hampir RM219 juta belanja hanya untuk barang seperti bendera, kipas, air mineral dan lain – lain berlogo dacing.

Read more at: http://chegubard.blogspot.com/2009/06/umno-berbelanja-melebihi-had-yang.html



Comments
Loading...