Adakah ini satu jenaka, Rosmah?


Seorang pemimpin besar sesebuah negara akan diambil sebagai contoh dalam banyak aspek peribadi dan tindakannya mentadbir negara, lebih-lebih lagi jika menjadi seorang Ketua Negara.

Ia didahului oleh rasa kasih dan sayang rakyat terhadap pemimpin itu kerana sifat keadilannya yang mendalam dan merata dan tidak diselubungi oleh sebarang aura kedurjanaan dan penipuan.

Seorang Ketua Negara akan dianggap sebagai seorang yang janggal dan gagal dalam melaksanakan amanahnya jika membisu dalam soal-soal pelanggaran hak insan dan perlembagaan negara di depan matanya.
Najib Razak bukanlah seorang lelaki biasa di Malaysia. Ajakan oleh Rosmah Mansor agar para suami mencontohi kesabaran beliau dalam melayani kerenah isteri semata-mata merupakan suatu jenaka yang hambar dan tidak dapat dinikmati lawaknya bukan sahaja oleh lelaki dan wanita yang dewasa tetapi meliputi rakyat Malaysia berbagai peringkat dan umur.  
Rakyat Malaysia dan Dunia tidak melupai pembunuhan kejam Altantuya. Dan masih subur dalam ingatan rakyat Perak dan seluruh negara, seolah-olah baru berlaku semalam, bagaimana Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak oleh peribadi  kesamsengan yang tiada sepatutnya berada dalam Dewan tersebut. Dan rakyat seluruhnya tertanya-tanya di manakah kini Raja Petra dan Subramaniam yang terpaksa menghilangkan diri kerana menghebahkan kaitan Najib Razak dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Dari masa ke semasa kes tersebut diulas oleh media antarabangsa  tanpa sebarang protes atau saman terhadap akhbar-akhbar berkenaan oleh Najib Razak.
Wanita Pertama Malaysia yang mengadu tentang ditinggalkan suaminya seorang Perdana Menteri, yang saban hari jadualnya memang penuh dengan aktiviti sosio-ekonomi-politik, memberi persepsi negatif tentang kesesuaian Rosmah Mansor sebagai Wanita Pertama Malaysia. Rakyat Malaysia lebih arif siapa yang mereka yakini untuk diambil sebagai contoh ikutan mereka.
YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN


Comments
Loading...