Sidang DUN ditangguh: Nizar MB sah, DUN Perak dibubar
(Suara keADILan) – 10.30 Pagi: Mohamad Nizar Jamaluddin, akan terus menjadi Menteri Besar Perak setelah mendapat kepercayaan dari Sidang Dewan Undangan Negeri itu dalam usul pertama yang dibentangkan pagi ini.
Selain itu, Sidang Dun bersetuju untuk membubarkan Dun seterusnya memastikan satu pilihanraya negeri diadakan di negeri berkenaan.
10.12Pagi : Speaker Dun Perak V Sivakumar membuat keputusan untuk bersidang di satu kawasan lapang 200 meter dengan kehadiran semua Adun Pakatan Rakyat
Sidang berkenaan diadakan dibawah pokok dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dun Misbahul Munir
Terdahulu: Perak: Penyokong Umno lakukan kekecohan, berkasar denganWakil Rakyat PR
[10.00 PAGI] – Beberapa penyokong Umno mengunakan kekasaran terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak sewaktu mereka berarak untuk ke bangunan SUK disini.
Menurut wakil kami disana, penyokong Umno yang bersongkok berkenaan menghalang wakil-wakil rakyat serta terdapat dakwaan bahawa kumpulan menendang beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Pertengkaran selama 15 minit itu hanya dilihat sahaja oleh Polis yang sedia ada dan tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Polis.
Kini, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat sedang berada kira-kira 200 meter dari bangunan SUK dan sedang berunding bersama pihak polis untuk memasuki bangunan berkenaan.