Babi lebih mulia!
Apa pun pendirian Harussani, saya tidak terkejut. Dia memang penyokong tegar Umno dan kadang-kadang menjadi jurucakap Umno. Kulaan kita tu orang 'alim.
Sudah tak larat nak dibilang lagi berapa kali Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menunjukkan kepada umum bahawa beliau adalah penyokong tegar Umno Barisan Nasional.
Mungkin Harussani keberatan masuk politik Umno Barisan Nasional sepenuh masa kerana beliau melihat sendiri tokoh-tokoh agama yang berhenti kerja dan masuk bertanding mewakili Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya akhirnya jadi kupang tembaga. Tahu apa kupang tembaga? Tu duit satu sen tu, kupang tembagalah tu. Jarang-jarang orang pakai. Biasanya atau ghalibnya orang tak pakai.
Harussani kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.