Layakkah Najib jadi PM?


Berita Malaysian Insider bertajuk "Umno distances itself from Perak confusion" (Umno tak nak ambik pot politik Perak yang lintang pukang), memetik Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk Ramly Zahari sebagai berkata: "Saya tak ada apa-apa nak cakap".

Tidak ada lagi-lagi "ayat-ayat maut". Kalau tidak bukan main hebat lagi menggoreng ayat.

Anak-anak muda kata Umno dah kantoi bila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu. Kedua-duanya sebelum itu dilaporkan hilang tidak dapat dikesan.

Tidak cukup dengan itu, Sivakumar kemudiannya memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering.

Terkejut babun semua yang terlibat dalam game plan untuk merentap Jamaluddin dan Mohd Osman dari PKR untuk ditimang-timang di dalam Umno. Dua makhluk hilang itu tentulah lebih terkejut lagi. Bekas ADUN Behrang kelihatan berang apabila berkata "Saya masih Adun Behrang".

READ MORE HERE



Comments
Loading...