.

MT COLUMNS GUEST COLUMNISTS Apakah niat Umno?

Apakah niat Umno?


Saturday, 08 January 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil.

Nurul Izzah Anwar

Setiap perbuatan akan dinilai dengan niat atau nawaitu di sebalik perbuatan itu.

Oleh demikian, rakyat harus menilai apakah niat sebenar Umno didalam beberapa peristiwa dan tindakan yang berlaku kebelakangan ini.

Adakah niat Umno untuk memartabatkan kedaulatan Raja-raja Melayu khususnya dalam isu pelantikan SUK Negeri Selangor yang dikatakan diperkenankan oleh Sultan sendiri atau sekadar menggunakan Institusi Raja-raja Melayu (sila rujuk pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-raja Melayu yang diperkenalkan Presiden Umno pada 1993) untuk kepentingan kelangsungan hayat Umno?

Adakah niat Umno untuk berbincang dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan diambang hari Natal di Istana Terengganu demi kepentingan kaum Melayu atau untuk kepentingan sempit Umno sahaja?

Adakah niat Umno melaungkan 1Malaysia untuk perpaduan rakyat atau untuk perpecahan rakyat demi kepentingan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mendahulukan rakyat didalam memberhentikan subsidi rakyat atau mendahulukan kepentingan ekonomi Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk membangunkan hartanah penduduk Kampung Baru atau untuk membangunkan hartanah menguntungkan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mencanangkan peningkatan pendapatan rakyat dengan Model Eknomi Baru atau sekadar mencari peluang mengkayakan kroni dengan projek-projek mewah lagi mahal?

Adakah niat Umno untuk menjamin demokrasi rakyat dengan membiarkan proses pilihanraya yang berat sebelah sehinggakan  perkara mudah dan dasar seperti menggunakan dakwat untuk jari mereka yang sudah mengundi dilarang demi untuk menjamin kemenangan ‘curi ayam’ Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mempertahankan hak rakyat dengan terus memanjangkan pengisytiharaan darurat serta undang-undang anti-demokratik seperti ISA atau untuk sebenarnya mempertahankan ‘hak’ Umno terus memerintah?

Adalah tidak salah kalau tindakan Umno berniat untuk kepentingan Umno sahaja tetapi ia harus berlaku jujur dan berterus terang kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan Umno secara ekslusif dan bukan inklusif untuk semua rakyat sehinggakan Raja-Raja melayu, kakitangan kerajaan dan institusi kerajaan dijadikan sekutu bersubahat didalam agenda Umno sahaja.

Seandainya Umno benar-benar berniat memperjuangkan hak rakyat, Umno seharusnya menyambut tawaran membentangkan satu rang undang-undang dwi-partisan bersama Pakatan Rakyat didalam satu sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Presiden Umno pada bila-bila masa sahaja, bernama AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang bertujuan untuk membatalkan pengisytiharan darurat, memansuhkan undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian Sabah dan Sarawak, menjamin pilihanraya yang telus lagi bersih, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan menjaminkan kebebasan media dengan kadar segera.

Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil.

Memang benar, niat menjadi penilai segala perbuatan dan rakyat mesti membuat penilaian serta pilihan jika Umno berniat ikhlas dan suci untuk rakyat atau sebaliknya?

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.

 


Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

GUEST COLUMNISTS

What’s there not to like about PAS?

News image

PAS is not corrupted nor power-crazy. It upholds justice, fairness and good governance.  This issue – unity talks – coming so close to the GE13 is to trap ...

Tunku Aziz not the reason Malays join DAP

News image

Umno's excitement at Tunku Aziz's exit from DAP is grossly miscalculated and has not triggered the 'expected' exodus of Malays from the opposition party. Mohd Ariff Sabri A...

Anwar must decide on Azmin

News image

He only just has time to get rid of an upstart once and for all, and hope that it will be enough to save PKR from certain demise. Not ...

GE 13 to be survival of the fittest

News image

It’s all a matter of endurance. Given the stakes, tensions have also heightened. Both sides have a great deal to lose. Will the upcoming polls see this be...

Resurrecting Kirby Is Fiscally Irresponsible

News image

M. Bakri Musa It is incomprehensible that with the Ministry of Education still in the midst of its review of our schools, the Minister and his Deputy saw fit ...

Condemn unruly behaviour

News image

A wrong is a wrong and we shouldn’t compromise our principles for political expediency.It is time for rational political leaders, regardless of their allegiance, to condemn such u...

Unswayed by fear or favour

News image

Roger Tan (The Star) As much as we do not like the judiciary to be perceived as pro-government, we also do not want the Bar to be perceived a...

Najib & Co ‘scamming’ us

News image

All those swanky acronyms linked to Prime Minister Najib Tun Razak's economic transformation agenda has done little except push up the prices of the poor man's meal. Since ...

Dong Zong pull out: Politics in Chinese education?

News image

Other Chinese-based education movements feel that Dong Zong should have participated in the Education Ministry's roundtable meeting to address shortage of Chinese school teachers. Other stakeholders are of ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS GUEST COLUMNISTS Apakah niat Umno?

Latest Posts - Guest Columnist

Popular Posts - Guest Columnist