.

MT COLUMNS FROM AROUND THE BLOGS Bila Pendidikan Jadi Sayur dan Ayam

Bila Pendidikan Jadi Sayur dan Ayam


Tuesday, 10 April 2012 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

http://2.bp.blogspot.com/-MNwRkNPFXWA/T4M6TWDD1kI/AAAAAAAATN8/p0L6RZguvjg/s320/541937_387646161259518_160537680637035_1378451_611688773_n.jpg

PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah.

Adam Adli

Sebelum saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah saya tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan ini disusun. Saya sedang cuba untuk mengolah kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat dan sosial hari ini. Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma. Mesej utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.

Umum ketahui, pendidikan adalah elemen penting dalam pembentukan insan dan Negara. Tanpa pendidikan dan kemahiran, kita akan terus mundur dalam pembangunan, tidak mampu bersaing dengan arus dunia, terpaksa bergantung dengan kemahiran orang lain, merencatkan rencana-rencana masa depan Negara, serta yang lebih penting melahirkan lebih ramai golongan yang tidak berfungsi. Rakyat yang tidak mendapat pendidikan secukupnya adalah rakyat yang gagal, dan pada skala lebih besar, Negara ini juga akan jadi Negara yang gagal. Tidak perlu kita jelaskan lebih banyak tentang peri pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu, sudah terang lagi bersuluh. Cuma yang menjadi persoalannya di sini, apabila kita sudah pun memahami keperluan dan kepentingan ilmu, dan kita mampu akui ilmu harus dimiliki oleh semua orang, persoalannya sekarang; berapa besar peluang untuk mendapatkannya dan bagaimana pula ilmu ini dilayan sebagai suatu perkara yang mulia.

Negara kita mempunyai sekurang-kurangnya 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan angka ini sentiasa bertambah. Di samping itu juga, kita turut memiliki ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Secara keseluruhan, kita mempunyai seramai hampir sejuta pelajar yang sedang menuntut di universiti. Pada permukaan, angka ini melegakan semua orang dan seolah-olah menjawab persoalan tentang peluang untuk anak-anak kita mendapatkan pendidikan setelah tamat pengajian di peringkat sekolah. Namun hati-hati. Kelegaan itu sebenarnya menjerat persepsi kita semua. Tidak perlu saya mengulas terlalu panjang, cukuplah saya simpulkan bahawa situasi tumbuhnya institusi-institusi ini sebenarnya bukanlah untuk membuka peluang belajar kepada anak-anak yang cerdik sebaliknya adalah peluang untuk membuat keuntungan dari keperluan masyarakat. Ramai yang menganggap, kenyataan ini hanya berkesan kepada kewujudan IPTS yang diakui mengaut keuntungan jutaan ringgit dari poket-poket ibu bapa dan pelajar yang sanggup membayar mahal, namun kita lupa tentang kewujudan lintah darat PTPTN yang menguasai pelajar dari IPTA-IPTA seluruh Negara.

Bagaimana menteri yang tidak hormat siswa dilantik jaga universiti?

Persepsi umum menganggap, IPTA kononnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan PTPTN adalah satu rahmat yang harus disyukuri oleh semua hamba rakyat. Namun tidak disedari bahawa, IPTA yang kononnya adalah institusi awam sebenarnya telah lama diswastakan! Fakta mudah untuk diketahui oleh semua orang adalah; PTPTN tidak lagi menerima suntikan dana dari kerajaan, sebaliknya terus-menerus bergantung kepada pusingan keuntungan yang tidak ada bezanya dengan bank-bank dagangan mahupun ceti-ceti haram dan halal yang beroperasi dalam Negara kita. Memakan hasil keuntungan dari faedah dan riba, yang diperah melalui titik peluh graduan yang telah berkerja. Maka yang demikian, adalah tidak adil buat kita untuk mengatakan bahawa PTPTN adalah satu bentuk amal jariah yang disediakan oleh kerajaan kita untuk pelajar-pelajar yang menuntut di universiti.

PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah. Alangkah terkejutnya bila kita selama ini seolah-olah tidak menyedari bahawa pemberian hutang sebegini adalah amalan yang seharusnya ditentang sejak dulu lagi. Menjadikan anak-anak mahasiswa sebagai hamba kepada PTPTN hanyalah menghina kegigihan mereka yang menuntut ilmu dan sekaligus, menjadikan mereka sebahagian lagi anggota masyarakat yang akan terus menjadi hamba kepada pemodal kaya.

Dengan wujudnya sistem PTPTN ini juga, sekaligus menjadikan ilmu sebagai barang dagangan, bukan lagi entiti suci yang diangkat tinggi dalam kalangan masyarakat. Alangkah hinanya apabila ilmu menjadi barang dagangan, sedangkan kemuliaannya itu melebihi wang kertas. Ilmu sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin boleh diletakkan tanda harga seperti ayam dan sayur di pasar.

Apabila muncul perdebatan dan tawaran mengenai pendidikan percuma oleh orang-orang politik, saya melihat situasi ini sebenarnya mula membuka topeng-topeng pemain politik Negara. Saya terus percaya dan optimis bahawa pendidikan sawajibnya percuma di semua peringkat, yang menggelikan hati adalah kenyataan oleh bapak-bapak menteri dan politikus-politikus yang menentang idea pendidikan percuma ini.

Lihat sahaja kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang terus-menerus mendakwa pendidikan percuma tidak relevan, mengurangkan kompetensi antara pelajar, serta merugikan kerajaan. Bagaimana kita boleh melantik orang yang tidak menghormati mahasiswa sebagai menteri yang menjaga universiti? Beliau dengan mudahnya menganggap bahawa pendidikan percuma melemahkan daya saing mahasiswa. Andai sahaja beliau mampu sedar bahawa bukan wang ringgit yang jadi ukuran terhadap daya saing pelajar, sebaliknya adalah minat dan keghairahan menuntut ilmu itu sendiri yang menjadi tanda aras persaingan antara mahasiswa.

Tidakkah mahasiswa rasa terhina dengan kenyataan bapak menteri ini yang seolah-olah menganggap pelajar berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama hanya untuk melepaskan diri dari hutang? Pelajar bukannya Gladiator yang berlawan di tengah gelanggang orang kaya untuk melepaskan diri dari menjadi hamba. Pelajar adalah penuntut ilmu yang mahu mengembangkan potensi diri.

Lupuskan hutang kroni untungkan kerajaan?

Read more at: http://tukartiub.blogspot.com/2012/04/surat-dari-pelajar-kenapa-wajib-ke.html


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

FROM AROUND THE BLOGS

Is GE-13 over yet?

News image

KTemoc KonsidersOne could be excused for believing the 13th general elections in Malaysia is still not over as some Malaysians continue to demand on a different outcome (results) o...

UMNO Blogger Thanks Bangladeshi Airline For “Making Shit Happen 5/5″

News image

 So, what are we further to make of the claim that it was najibrazak2 that sent him to Dhaka and why does UMNO owe the “Banglapura large”? Sarawak ...

Open Letter to those BN elected Members of Parliament with integrity and conscience

News image

 Get your party to withdraw from BN coalition and stay independent if you are not comfortable to join Pakatan Rakyat. Or if withdrawing party is not possible, then go independent ...

Unsung Heroes of GE13

News image

 There is no doubt in my mind that with the highly questionable way Barisan Nasional has won this election and subsequent divisive statements by Najib, his ministers, and UMNO loyalists, ...

Protestors Make Their Voice Heard At Hydro-Power Conference

News image

 The US$1,700 entrance fee to Taib’s showcase dam building conference, which opened at the Borneo Convention Centre today, is well beyond the means of all the poor folk who stand ...

GST and inflation

News image

In Malaysia’s case however, GST will be replacing a pre-existing tax and at a rate that is lower than the prevailing rate. Under those circumstances, the impact should be a ...

SUNNI - SYIA message of Peace by Tun Dr. M & H.E. S.M. Khatami

News image

 We, the undersigned, are greatly saddened by the violence and bloodshed which have characterised Sunni-Shia relations over time. Thousands have been killed in feuds between the two, mostly in certain ...

Will a sellout help the fading Star?

News image

 Twice in the recent past MCA leader Chua Soi Lek had spoken against political ownership of Malaysian ...

Sistem ‘pecah dan perintah’ yang hampir-hampir terkubur

News image

 Dasar perjuangan mereka bersifat sejagat - menegakkan keadilan, kebebasan bersuara, menentang kezaliman dan menyokong usaha meningkatkan kualiti kehidupan. Mereka tidak berhajat mengambil alih tampuk kepimpinan negara atau ingin menjadikan negara ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS FROM AROUND THE BLOGS Bila Pendidikan Jadi Sayur dan Ayam

Latest Posts - From Around The Blogs

Popular Posts - From Around The Blogs