.

MT COLUMNS FROM AROUND THE BLOGS Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu

Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu


Friday, 02 March 2012 administrator
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Dengan menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda!

Budaya Samseng

ASPAN ALIAS

Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.

Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.

Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.

Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi ‘attribute’ asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.

Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang ‘ultimate’ kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?

Jika benar UMNO dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat….dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.

 ...BACA ARTIKEL PENUH


 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

FROM AROUND THE BLOGS

HRP - An UMNO Trojan Horse Exposed

News image

IT'S TOFFEE'S TURN What I suspected since HINDRAF turned itself into a political party now is proven right, HINDRAF and especially U...

Danny & Amok Take Two Year No Pay Leave

News image

OK so Nazir Razak will get his money back first. Congrats bro. Banyak cantik. You are the clever one. What was your wife saying the other day about ...

Malaun ni kata jual nasi lemak, tapi pakai Ferrari dan buat Birthday Party di hotel

News image

Anak Sungai Derhaka  Hebat betul Datuk Jamal ni rupanya, katanya berniaga nasi lemak tapi pakai Ferrari dah tu buat birthday party di hotel 5 bint...

Malaysia: Drop Charges Against Protest Participants

News image

Malaysia's Anwar Ibrahim (C) ...

Fallacies Spun by Critics of the Bar

News image

This response is jointly endorsed by Edmund Bon, Fahri Azzat, Janet Chai, K Shanmuga, Mahaletchumy Balakrishnan, Marcus van Geyzel, Seira Sacha Abu Bakar, and Sharmila Sekaran. The Bar C...

Perlu Makanisme Khusus Atasi Gejala LGBT

News image

Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.Khir Toyo...

The Rakyat's Convictions were Forged on the Pavement of Injustice

SAKMONGKOL AK47Their convictions were forged on the stone and pavement of injustice.This is another article by the perceptive Walla. Here, there and everywhere, UMNO is pushing so many panic buttons. ...

Towards A New Malaysia

News image

Whilst Malaysia ranks fairly well in most of the sub-indexes, it ranks 96 out of the 110 countries for Personal Freedom, just one notch above Zimbabwe and e...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS FROM AROUND THE BLOGS Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu

Latest Posts - From Around The Blogs

Popular Posts - From Around The Blogs