.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR MP Serdang dicabar saman Tan Tee Beng

MP Serdang dicabar saman Tan Tee Beng


Wednesday, 20 March 2013 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Bernama) - Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini dicabar supaya mengambil tindakan guaman ke atas Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mendakwa Teo dan pembantu peribadinya terlibat dalam penyelewengan wang sewaan Pusat Perkhidmatan Anggota Parlimen Serdang.

Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru Yap Kon Min berkata pihaknya mahu Anggota Parlimen Serdang daripada DAP itu mengambil tindakan guaman terhadap Tan, juga daripada DAP, dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, dan jika tidak Teo mesti meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Serdang dengan segera.

Katanya ini berikutan sehingga kini, Teo tidak mengambil apa-apa tindakan guaman terhadap Tan sejak Anggota Parlimen Nibong Tebal itu membuat pendedahan perkara itu lapan bulan yang lepas.
   
"Sebagai seorang peguam, kata-katanya mesti dikotakan tetapi kata-katanya itu tak serupa bikin. Adakah dakwaan MP Tan itu benar?
   
"(Ini) Demi maruah MP Teo sendiri dan pengundi-pengundi di Serdang, demi polisi CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) kerajaan pakatan rakyat Selangor, khasnya parti DAP. Jangan malukan pengundi-pengundi di kawasan Serdang kerana wakil rakyatnya cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun tahun lepas, Tan mendedahkan Teo dan pembantu peribadinya, Chan Huan Guan terbabit dalam penyelewengan wang sewaan pusat khidmat berjumlah RM16,000 sejak 2009 hingga Jun 2011.
   
Teo, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, mendesak Tan supaya memohon maaf kepadanya yang jika tidak berbuat demikian, tindakan guaman akan diambil.
   
Teo telah menghantar Surat Tuntutan kepada Anggota Parlimen Nibong Tebal berhubung perkara itu yang turut meminta Tan menarik balik dakwaannya.
   
Bagaimanapun, Tan dalam satu sidang akhbar telah mengoyak surat itu dan terus mencabar Teo supaya mengambil tindakan guaman terhadapnya.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan

News image

(Bernama) - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum k...

Suara Keadilan turut dirampas

News image

(Harakah Daily) - Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak s...

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR MP Serdang dicabar saman Tan Tee Beng

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar