.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Ulama Kelantan dakwa undi PAS haram

Ulama Kelantan dakwa undi PAS haram


Wednesday, 13 February 2013 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Nomy Nozwir, The Malaysian Insider

Beberapa orang ulama di Kelantan berkata mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana kerjasama parti tersebut dengan DAP yang mahu kalimah ‘Allah’ dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu.

Menurut pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam.

“Dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam, maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS,” kata Abdullah yang dipetik kenyataannya dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Abdullah, PAS perlu ditolak kerana menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyatakan sokongan ke atas hasrat DAP meskipun bertentangan dengan Majlis Syura Ulama PAS.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu, adalah membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam,” katanya lagi.

Ahli jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kononnya atas tahaluf siyasi sebenarnya atas nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku ialah PAS adalah kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi PAS adalah haram, maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta, antaranya PAS bukan parti dominan, sebaliknya kerjasama itu dibuat dengan DAP yang jelas menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar kita lihat jelas dalam Barisan Nasional, dimana Umno adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” kata Mohd Syamsul lagi.

Seorang lagi ulama di Kelantan, Mohd Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan orang bukan Islam sama berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

“Gerakan ini sebenarnya bermula berpuluh tahun lalu dan masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari,” kata Zawawi, yang juga ahli jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK).

Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali pada Disember lalu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang mendesak kerajaan membenarkan kalimah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.

Pakatan pembangkang PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Walau bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus Islam dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

News image

 Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Fatimah Zuhri, Utusan ...

Anwar sukar terima takdir Tuhan

News image

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan t...

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila

News image

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama. Jamilah Kamarudin, FMTHak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi ...

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

News image

(Utusan Malaysia) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan akan 'langgar' mana-mana pihak cuba mengacau akhbar Utusan Malaysia yang lantang memperjuangkan Perlembagaan dan k...

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

News image

(Berita Harian) - Jawatankuasa Disiplin PKR diminta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Datin Seri Dr Wan Azizah W...

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

News image

(Harakah Daily) - PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) l...

Azizan lega PAS kalah di Kedah?

News image

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.  (FMT) - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Ulama Kelantan dakwa undi PAS haram

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar