.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air

PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air


Friday, 08 February 2013 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Md Izwan, The Malaysian Insider

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditegur dalam mesyuarat Biro Politik PKR Rabu lalu supaya mengambil langkah lebih proaktif dan pantas dalam menangani isu air, menurut satu sumber yang juga merupakan ahli biro politik PKR.

The Malaysian Insider difahamkan, perbincangan dan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat kebanyakannya menjurus kepada isu air memandangkan kehadiran Abdul Khalid (gambar) dan juga lanjutan pengumuman bantuan tambahan kewangan RM120 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini.

“Semalam (Rabu) MB Abdul Khalid hadir sama, jadi banyak perkara yang dibincangkan semalam adalah melibatkan isu krisis air di Selangor.

“Isu air ini akan menjadi modal utama Umno dan Barisan Nasional dalam berkempen di Selangor. Malahan langkah Najib baru-baru ini mengumumkan bantuan kewangan jelas menunjukkan isu air ini akan dimainkan mereka hingga pilihan raya,” kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, Abdul Khalid dianggap kurang proaktif dan lembab bertindak dalam menangani krisis air yang berlaku di Selangor menyebabkan ia memberi laluan mudah kepada media arus perdana mudah menghentam pentadbiran PR.

“Beberapa inisiatif dibincangkan supaya MB mengambil langkah yang lebih proaktif dan cepat bagi mengelak masalah ini berulang lagi.

“Antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya kerajaan negeri mengambil inisiatif sendiri menyediakan lori tangki air untuk menyalurkan bantuan selain pam-pam tambahan bagi menangani bekalan terputus air,” kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, sumber juga memberitahu ahli biro politik membayangkan syarikat air SYABAS bersama kerajaan pusat berkemungkinan bersekongkol untuk sengaja mencipta sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti dan menggesa Abdul Khalid untuk berwaspada dengan ramalan tersebut.

“Kami jangkakan dan mendapat maklumat akan berlaku sabotaj besar-besaran pada pilihan raya nanti.

“SYABAS dan kerajaan pusat mungkin akan sengaja merancang bekalan air putus,” tambah sumber lagi.

Selain isu air yang dibangkitkan, mesyuarat itu juga menyentuh tentang perbincangan persediaan jentera menjelang pilihan raya yang dijangka akan diumum dalam tempoh terdekat ini.

Kerajaan negeri Selangor masih lagi bergelut dengan kerajaan pusat dalam isu pengambilalihan air di negeri tersebut, malahan permohonan kepada Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga masih belum menerima jawapan muktamad sehingga kini.

Minggu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Suara Keadilan turut dirampas

News image

(Harakah Daily) - Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak s...

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PKR bimbang dengan cara MB Selangor menyelesaikan krisis air

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar