.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Kementerian jawab fitnah terbaru Anwar...

Kementerian jawab fitnah terbaru Anwar...


Sunday, 06 January 2013 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Agenda Daily) - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi merujuk kepada kenyataan media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu, yang menyentuh antara lain penurunan harga komoditi sawit dan getah pada tahun 2012 dan kesannya kepada pendapatan pengusaha tanaman terutamanya kepada pekebun kecil.

Di samping itu, kenyataan media tersebut juga mencadangkan beberapa langkah bagi membantu pengusaha tanaman sawit dan getah termasuk penubuhan Tabung Kebajikan Komoditi Negara dengan sumbangan sebanyak RM100 juta setahun untuk membantu keluarga pekebun kecil yang terjejas akibat penurunan harga kedua-dua komoditi ini.

Pada amnya, harga komoditi sawit adalah dipengaruhi oleh penawaran minyak sayuran lain dan permintaan di negara-negara pengimport utama seperti China, Kesatuan Eropah, Pakistan, Amerika Syarikat dan India. Pada tahun 2012, kelima-lima negara berkenaan telah menyumbang kepada 60 peratus daripada jumlah eksport sawit negara.

Sejak suku tahun ketiga tahun 2012, penurunan dalam pengeluaran domestik seperti di China dan pertumbuhan ekonomi yang lembap di Kesatuan Eropah mempunyai kesan langsung ke atas pengimportan produk-produk sawit Malaysia.

Dalam kes getah, ekonomi dunia yang merudum telah menjejaskan permintaan getah asli untuk menghasilkan produk-produk siap berasaskan getah. Negara-negara pengimport utama getah asli pada tahun 2012 adalah China, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah eksport getah asli negara.

Dalam kes minyak sawit, nilai eksport pada tahun 2011 adalah sebanyak RM83.4 bilion dengan purata harga minyak sawit mentah (crude palm oil – CPO) sebanyak RM3,219 setan.

Bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan yang lembap di negara-negara pengimport utama, harga purata CPO bagi tempoh Januari hingga November 2012 adalah RM2,844 setan dengan nilai eksport sebanyak RM65.9 bilion.

Memandangkan kepada permintaan yang lembap di pasaran luar negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memperkukuhkan harga CPO. Ini dicerminkan dengan kenaikan harga CPO dari RM2,065 setan pada bulan Oktober 2012 kepada RM2,235 setan pada 3 Januari 2013. Langkah-langkah yang telah diambil termasuk:

i.  mempercepatkan pelaksanaan Program B5 (adunan 5 peratus metil ester sawit dengan diesel) ke seluruh negara, menggalakkan penggunaan biobahan api berasaskan sawit sehingga 10 peratus di sektor-sektor lain dan menggunakan minyak sawit di loji-loji janakuasa elektrik terutamanya di Sabah.

Langkah memperluaskan Program B5 di seluruh negara akan membolehkan penggunaan domestik sehingga 500,000 tan minyak sawit setahun. Langkah ini akan menambahkan beban Kerajaan dari segi penyediaan subsidi sebanyak RM371 juta setahun, di samping menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta bagi membina depot-depot adunan;

ii.    penyediaan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tujuan menebang pokok-pokok sawit yang berusia melebihi 25 tahun di bawah Skim Insentif Tanam Semula (SITS) sawit. Di bawah program ini, Kerajaan akan menyediakan insentif sebanyak RM1,000 sehektar kepada peneroka Felda, skim-skim Kerajaan dan estet.

Langkah ini dijangka dapat mengurangkan bekalan CPO di pasaran tempatan sebanyak 350,000 tan setahun yang akan memperkukuhkan harga CPO. Di samping itu, langkah ini akan dapat mengurangkan stok dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti sawit negara dalam jangka masa panjang; dan

iii.    bantuan tanam semula sawit kepada pekebun kecil yang mempunyai keluasan ladang sawit kurang daripada 40.46 hektar sebanyak RM7,500 sehektar di Semenanjung Malaysia dan RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak. Bantuan ini termasuk kos penebangan pokok dan tanam semula.

Di bawah program ini, kerajaan memperuntukkan RM300.2 juta bagi tahun 2012 dan RM432.8 juta bagi tahun 2013. Bagi mengurangkan kebergantungan industri sawit terhadap tenaga buruh terutamanya buruh asing, Kementerian menggalakkan langkah-langkah mekanisasi seperti penggunaan penuai bermotor sawit jenama Cantas.

Hasil kajian yang dijalankan mendapati penggunaan Cantas dapat meningkatkan produktiviti penuai melebihi 90 peratus iaitu dari 1.4 tan tandan/hari kepada 2.7 tan tandan/hari. Bagi
menggalakkan penggunaan Cantas, Kementeriaan menyediakan insentif pembelian Cantas sebanyak RM1,000 bagi setiap unit.

Di samping itu, melalui penyelidikan dan pembangunan, terdapat jentera lain dan pengangkutan dalam ladang yang telah dihasilkan seperti Roller Picker (pengutip buah lerai), Grabber (pemungut tandan buah sawit automatik), dan Super Crawler dan Beluga (pengangkutan buah sawit di ladang yang lebih efisien untuk kawasan yang sukar seperti di kawasan tanah gambut).

Dalam hal ini, insentif pengecualian dari duti import dan cukai jualan untuk mesin dan kelengkapan perladangan juga disediakan. Aktiviti mekanisasi dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh secara berperingkat, sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja.

Selain itu, sektor perladangan sawit juga telah mempelbagaikan sumber tenaga buruh dengan meluluskan pengambilan buruh asing dari Bangladesh. Ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing dari Indonesia.

Bagi menggalakkan industri sawit menceburi dalam penghasilan produk-produk nilai tambah dan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara, kerajaan telah memperuntukkan RM202.1 juta pada tahun 2013 yang disediakan dalam bentuk geran.

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan

News image

(Bernama) - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum k...

Suara Keadilan turut dirampas

News image

(Harakah Daily) - Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak s...

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Kementerian jawab fitnah terbaru Anwar...

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar