.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR MCA bantah harga siling telefon pintar RM500

MCA bantah harga siling telefon pintar RM500


Sunday, 30 December 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Mohd Farhan Darwis, The Malaysian Insider

MCA menyuarakan bantahan terhadap penetapan harga siling telefon pintar bagi rebat RM200 kerana golongan belia hanya akan mendapat telefon pintar “cikai” pada harga tersebut.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan, penetapan harga RM500 dan ke bawah bagi pembelian telefon pintar untuk rebat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2013 September lalu akan menyekat golongan belia untuk mengoptimumkan penggunaan telefon pintar tersebut.

“Saya tak setuju smartphone harga RM500 ke bawah ... RM200 itu menunjukkan keprihatinan BN (Barisan Nasional) supaya pemuda kita optimakan penggunaan smartphone,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Sepatutnya tiada harga siling ... itu smartphone “cikai”, tak tahan lama,” tegasnya lagi.

Jelas Dr Chua, penetapan harga RM500 itu bukanlah satu keputusan yang baik walaupun seteru BN, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai inisiatif sedemikian.

“Pada hemat saya itu keputusan tidak bijak ... namun begitu kalau dibandingkan dengan PR kita lebih baik, mereka tak prihatin belia dalam bajet mereka,” katanya dan mengambil contoh PR tidak mensasarkan golongan belia dalam bajet mereka seperti tiada bantuan murid membeli buku, rebat untuk telefon pintar, serta menggalakkan golongan wanita menceburi perniagaan.

Najib ketika pembentangan Bajet 2013 mengumumkan rebat RM200 khas kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar.

Bagi tujuan itu, kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia berusia lingkungan antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 bagi rebat tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah menetapkan bahawa rebat RM200 itu hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

1.5 juta belia dijangka akan menerima manfaat daripada rebat tersebut.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir

News image

(TMI) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei t...

Matangkah cara kita berpolitik?

News image

Dalam tempoh 7 tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang? Mohd Hisham Abdul Rafar, Bernama Sebilangan r...

Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

News image

 (mStar) - Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), ...

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

News image

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri A...

TPP: Apa kerajaan sorok?

News image

 (Sinar Harian) - Maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan ...

Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar

News image

(Sinar Harian) - Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia J...

Anwar mengadu kepincangan p’raya kepada Presiden Indonesia

News image

Bagaimanapun, Susilo Bambang Yudhoyono Susilo mengatakan beliau tidak boleh mencampurin urusan dalam negeri Malaysia. (FMT) - JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang d...

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

News image

Md Izwan, TMIBekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya s...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR MCA bantah harga siling telefon pintar RM500

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar