.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Dr M: Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR

Dr M: Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR


Sunday, 23 September 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Md Izwan, The Malaysian Insider

Tun Dr Mahathir Mohamad melabel orang Melayu yang “tidak bersyukur” dan “kurang berilmu” akan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa memerintah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.

Mantan perdana menteri (PM) tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri hanya kerana merebut kuasa. 

“Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno. 

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu. 

“Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. 

“Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya. 

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan. 

Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan. 

“Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain. 

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan. 

“Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 

“Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi. 

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman. 

“Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 

“Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata Mahathir lagi. 

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan. 

“Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. 

“Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Dr M: Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar