.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Paderi Sabah ingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September

Paderi Sabah ingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September


Monday, 17 September 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Debra Chong, The Malaysian Insider

Seorang bishop Katholik Sabah bertanya apakah perjanjian 49 tahun kerajaan persekutuan untuk menghormati kebebasan beragama dan hak orang asal selepas hari Malaysia semalam, menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Putrajaya selama ini.

Bishop Datuk Cornelius Piong (gambar) berkata, 49 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan Malaya telah berjanji untuk maju bersama-sama dan melindungi hak asasi manusia, dengan menubuhkan negara yang dikenali sebagai Malaysia bersama Sarawak dan Singapura.

Antara tiga janji adalah untuk memastikan hak orang Sabah akan bebas menganut apa juga agama, tanah adat akan terus dijaga dan kerajaan persekutuan akan menghormati adat budaya Sabah.

“Adakah janji-janji ini dihormati dan ditunaikan?” beliau bertanya dalam ucapannya yang dicetak semalam di akhbar terbaru Herald, akhbar Katholik di Sabah.

“Perjanjian itu telah diukir di Batu Sumpah Peringatan yang masih ada di Keningau,” kata bishop yang menjaga diocese (daerah Katholik) Keningau.

Beliau berkata batu peringatan itu masih berada di depan pusat pentadbiran daerah di Keningau.

Gereja Katholik lantang bersuara dalam ketidakadilan sosial terutamanya selepas pilihan raya umum 2008 dan kes dimana hak untuk menggunakan nama “Allah” dihalang oleh menteri dalam negeri dan menggunakan akta keselamatan dalam negeri jika mengimpot Injil dengan perkataan tersebut.

Gereja bagaimanapun memenangi kes tersebut di mahkamah tinggi, tetapi masih ditangguh kerana kementerian dalam negeri membawa kes tersebut ke mahkamah rayuan dan kes tertangguh selama dua tahun.

Sabah, bersama Sarawak mempunyai penduduk Kristian yang besar, kira-kira 10 peratus dari jumlah penduduk negara.

Keningau merupakan salah satu daerah yang mempunyai penduduk Kristian yang ramai — 117,000 orang dari 419,000 orang atau 28 peratus dari jumlah penduduk daerah — menurut statistik dari gereja Katholik.

Dua negeri Malaysia Timur itu juga antara tiga negeri paling miskin di Malaysia, dengan Sabah berjumlah 19.7 peratus — yang tertinggi dalam negara, dan Sarawak di tempat ketiga dengan 5.3 peratus — mengikut statistik rasmi laporan pendapatan dalam negara 2009.

Parti pembangkang kini menggunakan isu-isu tempatan di dua negeri yang digelar sebagai “simpanan tetap” Barisan Nasional, selain isu rasuah yang berleluasa, kekurangan infrastruktur asas dan melanggar perjanjian perlembagaan 20 perkara di Sabah dan 18 di Sarawak selama berdekad.

Piong, bishop pertama dari kaum asal, mahu warga Katholik untuk mengingati hak mereka dalam perlembagaan.

“Dalam kita meraikan Hari Malaysia, marilah kita memperkuatkan perpaduan kita dan ketaatan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian.

“Tanpa Tuhan, kita tidak akan mendapat kemajuan yang adil kepada semua orang,” katanya, sambil memetik ayat itu dari kitab Injil.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, BN cuma memenangi 85 kerusi manakala pembangkang memenangi 80 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Sabah, Sarawak dan wilayah persekutuan Labuan menyelamatkan BN apabila memenangi 55 kerusi berbanding dua kepada pembangkang.

Bagaimanapun, kekuatan pembangkang di Malaysia Timur bertambah dengan beberapa ahli veteran BN melompat parti ke PR dalam pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April, yang akan menyaksikan pertandingan tersengit dalam sejarah negara.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

News image

 Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Fatimah Zuhri, Utusan ...

Anwar sukar terima takdir Tuhan

News image

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan t...

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila

News image

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama. Jamilah Kamarudin, FMTHak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi ...

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

News image

(Utusan Malaysia) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan akan 'langgar' mana-mana pihak cuba mengacau akhbar Utusan Malaysia yang lantang memperjuangkan Perlembagaan dan k...

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

News image

(Berita Harian) - Jawatankuasa Disiplin PKR diminta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Datin Seri Dr Wan Azizah W...

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

News image

(Harakah Daily) - PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) l...

Azizan lega PAS kalah di Kedah?

News image

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.  (FMT) - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Paderi Sabah ingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar