.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Ibrahim Ali: Buktikan Perkasa terlibat lempar kasut, Anwar mulakan politik ganas

Ibrahim Ali: Buktikan Perkasa terlibat lempar kasut, Anwar mulakan politik ganas


Tuesday, 11 September 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Amin Iskandar, The Malaysian Insider

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mahu naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar untuk membuktikan tuduhannya bahawa individu yang melempar kasut didalam sebuah masjid di Alor Star ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberikan tazkirah adalah seorang ahli NGO tersebut sebelum membuat tuduhan.

“Jika benar dia (individu lempar kasut) ahli Perkasa, polis silakan ambil tindakan, polis jangan tergesa-gesa.

“Tetapi, buktikan dahulu dia tu ahli Perkasa. Mahfuz kena buktikan. Kenapa nak besar-besarkan isu ini sebelum ianya dibuktikan?

“Pendirian Perkasa, kami tak bersetuju dengan politik seperti ini,” kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, ketika memberikan tazkirah di sebuah masjid di Alor Star, Anwar dilempar kasut oleh seorang individu yang didakwa Mahfuz sebagai salah seorang ahli Perkasa.

Menurut Ibrahim, Anwar adalah invidu yang bertanggungjawab membawa politik ganas ke negara ini beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

“Anwar inilah kepala masa dia student leader (pemimpin pelajar) dan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu.

“Saya dan Anwar ini samalah dulu, kaki tunjuk perasaan.

“Bila dia kena pecat dan lawan balik Umno untuk dapatkan balik kuasa, dia bawak balik politik jalanan seperti pada akhir 1970an dulu dan sejarah politik jalanan kembali berulang,” katanya.

Menurut presiden Perkasa itu lagi, politik jalanan dibawa kembali oleh Anwar dengan bantuan bekas aktivis mahasiswa 1970an dan pemimpin politik beraliran Sosialis.

“Saya tengok bila Anwar terkeluar, dia susun gerakan untuk berkuasa balik. Kebetulan pulak, Hishamuddin Rais dah ada kat sini, dimana saya kenal siapa Hishamuddin Rais ni.

“Yang dulu lari semasa isu Baling pada tahun 1970an dulu, kemudian dibantu juga oleh Tian Chua dari parti Sosialis.

“Individu-individu terpencil ini, bergabung di belakang Anwar and Anwar menggunakan orang-orang ini,” katanya.

Ibrahim juga mengkritik sesetangah media yang hanya menghebahkan insiden-insiden keganasan politik terpencil yang melibatkan Perkasa, tetapi tidak pula membangkitkan apabila parti pembangkang melakukan keganasan.

“You (kamu) bercakap soal insiden-insiden kecil seperti di Kedah tu, kenapa kamu tak heboh apabila Tian Chua gigit telinga polis?

“Kenapa kamu lupa tentang insiden ini?

"Kamu tak tulis tentang itu dan tak tanya pada orang.

“Isu itu mati dengan begitu saja dan Tian Chua patut gugur sebagai ahli parlimen, saya yang bawak usul,” katanya lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada PKR itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Kekeliruan berlaku pada ketika itu apabila timbul pendapat bahawa Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang diwakilinya disebabkan oleh jumlah denda yang dikenakan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, Yang-diPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

News image

 Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Fatimah Zuhri, Utusan ...

Anwar sukar terima takdir Tuhan

News image

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan t...

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila

News image

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama. Jamilah Kamarudin, FMTHak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi ...

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

News image

(Utusan Malaysia) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan akan 'langgar' mana-mana pihak cuba mengacau akhbar Utusan Malaysia yang lantang memperjuangkan Perlembagaan dan k...

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

News image

(Berita Harian) - Jawatankuasa Disiplin PKR diminta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Datin Seri Dr Wan Azizah W...

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

News image

(Harakah Daily) - PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) l...

Azizan lega PAS kalah di Kedah?

News image

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.  (FMT) - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Ibrahim Ali: Buktikan Perkasa terlibat lempar kasut, Anwar mulakan politik ganas

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar