.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PAS bertanding 70 kerusi parlimen, senarai calon hampir selesai, kata Mat Sabu

PAS bertanding 70 kerusi parlimen, senarai calon hampir selesai, kata Mat Sabu


Sunday, 05 August 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Amin Iskandar, The Malaysian Insider

PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ahli politik veteran yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, parti tersebut sudah 90 peratus selesai  berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka dalam urusan pembahagian kerusi menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013. 

Dalam pilihan raya 2008, PAS bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen. 

“Calon baru ada ramai terutamanya di negeri-negeri disebelah selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Di Selangor juga ada sedikit,” kata timbalan presiden PAS itu dalam sebuah wawancara bersama The Malaysian Insider

PAS, salah satu daripada tiga pemain utama dalam pakatan pembangkang telah menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dengan musuh tradisinya, Umno di kubu kuat parti Melayu tersebut dimana pertarungan tersebut akan diketuai oleh salah seorang panglima PAS, Salahuddin Ayub. 

Langkah untuk menambahkan kerusi bagi PAS adalah memadai kerana parti tersebut kini mempunyai kerusi parlimen terkecil berbanding rakan PR yang lain iaitu sebanyak 23 kerusi di peringkat pusat. 

PKR sebagai kunci utama yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 27 kerusi dan DAP parti yang dikuasai oleh kaum Cina mempunyai 28 kerusi parlimen. 

Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi ‘status quo’ akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan, kata Mohamad. 

“Kerusi di Sarawak dan Sabah masih dalam perundingan, katanya lagi. 

Perkembangan terbaru dua pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing menyatakan sokongan terbuka kepada PR berkemungkinan menyebabkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berfikir semula tentang tarikh pilihan raya. 

The Malaysian Insider difahamkan, Najib sebelum ini sudah hampir pasti untuk mengadakan pilihan raya September ini selepas sambutan Aidilfitri selepas sebulan umat Islam berpuasa. 

Akan tetapi beliau kini mungkin akan menangguhkan pilihan raya ke penghujung tahun. 

Langkah untuk meletakkan Salahuddin yang merupakan naib presiden PAS dan ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal di Johor dilihat sebagai komitmen tertinggi parti pembangkang tersebut untuk mengambil alih pemerintahan pusat. 

Hari ini PAS menjadi rakan penting PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah pilihan raya semenjak pertama kali diperkenalkan oleh bapa PM, Tun Abdul Razak Hussein selepas dijenamakan semula dari Perikatan.

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan

News image

(Bernama) - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum k...

Suara Keadilan turut dirampas

News image

(Harakah Daily) - Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak s...

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PAS bertanding 70 kerusi parlimen, senarai calon hampir selesai, kata Mat Sabu

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar