.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PAS tulang belakang atau ‘makan tulang’?

PAS tulang belakang atau ‘makan tulang’?


Friday, 03 August 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

PAS akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan akan menang kerusi lebih rendah daripada DAP, oleh itu tidak perlulah PAS hendak memperjuangkan apa-apa agenda parti itu. Sebaliknya mereka perlu menjadi “pak turut” yang setia dengan mematuhi apa sahaja kehendak dan perancangan politik PKR dan DAP.

Zulkiflee Bakar, The Malaysian Insider

Walaupun pembahagian kerusi antara anggota-anggota pakatan pembangkang masih belum diputuskan secara rasmi namun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP dan PAS.

Kenyataan yang dibuat oleh Mustafa pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS itu mengesahkan pandangan beberapa pihak sebelum ini yang menegaskan bahawa PAS tidak akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Lebih daripada itu ia juga sekali gus menafikan hasrat PAS untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang memandangkan kerusi yang bakal mereka tandingi jauh lebih rendah berbanding PKR.

Namun apa yang melucukan dalam kenyataannya, Mustafa berkata, PAS tetap akan menjadi tulang belakang kepada PR (Pakatan Rakyat). Persoalannya, bagaimanakah PAS hendak menjadi tulang belakang kepada pakatan pembangkang kalau kerusi yang ditandingi pun kurang daripada PKR.

Dan apakah PAS begitu yakin jumlah kerusi yang akan dimenangi oleh mereka dalam pilihan raya umum nanti lebih banyak daripada PKR.

Penulis bersetuju kalau kenyataan tulang belakang ini merujuk kepada pengundi dan penyokong PAS kerana tanpa sokongan mereka, PKR tidak akan ke mana. Malahan pengundi dan penyokong PAS lah yang berduyun-duyun menghadiri ceramah PKR, tanpa mereka sudah pasti ceramah berkenaan tidak seramai mana.

Selain itu ahli dan penyokong PAS juga mempunyai gerakan jentera pilihan raya yang jauh lebih hebat berbanding PKR.

Tetapi malangnya, PAS tidak mempertimbangkan kelebihan yang ada kepada mereka, sebaliknya lebih rela PKR menjadi dominan biar pun parti tersebut bergelumang dengan pelbagai masalah.

Tahniahlah kepada penyokong PAS kerana dalam pilihan raya umum nanti mereka akan bertungkus lumus bukannya untuk memastikan PAS menjadi tonggak pemerintahan jika pembangkang memerintah sebaliknya akan menjulang pemimpin parti lain sebagai ketua.

Pada sidang akhbar itu, Mustafa turut memberitahu, PAS juga dijangka mendapat tujuh kerusi Parlimen baru di Sarawak. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa PAS akan bertanding di kawasan yang rakan dalam pakatan tidak berani berbuat demikian.

Memanglah PKR dan DAP lebih bijak daripada PAS kerana mereka tidak mahu membazirkan tenaga dan masa dengan bertanding di kawasan yang boleh disifatkan masa hari penamaan calon pun sudah kalah.

Namun PAS mungkin hendak menunjukkan keberanian tidak bertempat apabila rela berbuat demikian.

Bagaimanapun pengumuman Mustafa mengenai penguasaan kerusi PKR dalam pilihan raya nanti sudah jelas membuktikan bahawa segala isu mengenai hukum hudud dan negara Islam yang kini begitu rancak diperkatakan oleh pemimpin PAS dan DAP hanyalah sandiwara politik PAS.

Kalau PAS tidak dominan dalam pakatan pembangkang, kalau PAS tidak memenangi kerusi lebih banyak daripada PKR dan DAP, apakah mungkin mereka mampu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam itu?

Pendirian DAP dalam perkara berkenaan sudah jelas manakala pendirian PKR pula semua orang boleh menjangkakan pihak mana yang akan disokong oleh parti tersebut.

Bukankah Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudah menyanggah PAS dalam isu hukum hudud ini? Itu belum lagi mengambil kira bagaimana pemimpin PKR mahu semu anggota pakatan pembangkang berpegang kepada Buku Jingga yang di dalamnya langsung tidak menyebut soal hukum hudud dan negara Islam.

Apatah lagi sudah ada cakap-cakap bahawa PKR akan membuka laluan kepada DAP untuk bertanding di kerusi miliknya yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Semua ini menunjukkan bahawa PAS hakikatnya hanya alat dalam pakatan pembangkang untuk meraih undi rakyat dan jenteranya akan “diperkudakan” untuk memastikan kemenangan calon PKR dan DAP.

Jika PAS tidak boleh menjadi tulang belakang maka tidak payahlah parti itu bercakap soal memperjuangkan Islam lagi kerana semua itu hanyalah retorik. Begitulah juga penceramah-penceramah bebas yang menyokong PAS janganlah begitu mendabik dada dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan PAS parti Islam manakala Umno adalah parti sekular dan sesat.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang penceramah popular ketika mengulas penyertaan ulama muda dalam Umno dan beliau menyifatkan ulama-ulama berkenaan bergelumang dengan najis apabila sertai Umno.

Apa yang kita mahu tanya kepada penceramah berkenaan sejauh manakah beliau yakin bahawa PAS adalah parti Islam? PAS akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan DAP, dengan keadaan itu bolehkah ia memperjuangkan Islam?

Kalau beliau menganggap Umno parti sekular, bagaimana pula dengan PAS yang berkawan dengan parti sekular? Perjuangan PAS sekarang adalah negara berkebajikan dan bukannya negara Islam, inilah faktanya.

PAS akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan akan menang kerusi lebih rendah daripada DAP, oleh itu tidak perlulah PAS hendak memperjuangkan apa-apa agenda parti itu. Sebaliknya mereka perlu menjadi “pak turut” yang setia dengan mematuhi apa sahaja kehendak dan perancangan politik PKR dan DAP.

Tidak payah lagi berbangga dengan sejarah perjuangan Islam yang dipelopori oleh ulama-ulama ketika PAS ditubuhkan pada tahun 1951 kerana semua itu sudah ditinggalkan dan hanya sekadar catatan sejarah.

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir

News image

(TMI) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei t...

Matangkah cara kita berpolitik?

News image

Dalam tempoh 7 tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang? Mohd Hisham Abdul Rafar, Bernama Sebilangan r...

Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

News image

 (mStar) - Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), ...

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

News image

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri A...

TPP: Apa kerajaan sorok?

News image

 (Sinar Harian) - Maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan ...

Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar

News image

(Sinar Harian) - Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia J...

Anwar mengadu kepincangan p’raya kepada Presiden Indonesia

News image

Bagaimanapun, Susilo Bambang Yudhoyono Susilo mengatakan beliau tidak boleh mencampurin urusan dalam negeri Malaysia. (FMT) - JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang d...

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

News image

Md Izwan, TMIBekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya s...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR PAS tulang belakang atau ‘makan tulang’?

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar