.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR ‘Waterloo’ Najib bermula di Sabah?

‘Waterloo’ Najib bermula di Sabah?


Wednesday, 01 August 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Dr Dzulkefly Ahmad, The Malaysian Insider

Benarkah Najib Razak akan menemui “Peperangan Waterloo”-nya dalam PRU ke-13 ini setelah berperang kecil (skirmishes) termasuk 16 kali pilihanraya kecil (PRK) dalam sesi parlimen ke -12 ini?

Umum juga diingatkan bahawa kesemua PRK itu berkesudahan dengan keputusan seri terikat 6-6. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pula (April 2011) menyaksikan undi popular Najib dan Barisan Nasional menurun sebanyak 8 peratus (45 peratus, 2011 – 37 peratus, 2006).

Tidak siapa yang sangsi dengan penghakisan 8 peratus kerajaan BN di PRU ke-13, akan bakal saksikan tumbangnya diperingkat Persekutuan.

Maka cakap-cakap Najib semasa berucap di musim Euro Final baru-baru ini untuk membelasah lawannya dengan 14-0 hanyalah bersifat seorang jeneral perang berkeinginan untuk menyuntik semangat kepada bala-tenteranya meskipun sudah jelas petanda-petanda awal kekalahan dalam pertempuran terakhir “grand royale battle” yang sengaja ditangguh-tangguhkannya.

Mutakhir, tidak ada yang lebih mengerikan seorang jeneral perang yang di saat-saat akhir di medan bertarung, mendapati lieutenan-lieutenan atau panglima-panglima perangnya “memberontak” lantas meninggalkannya dan lebih parah lagi apabila kini mahu bersama dengan gerombolan lawan dan seterunya. Hampir sah tidak ada pilihanraya selepas Hari Raya ini.

Meskipun kononya didakwa diketahui lebih awal lagi, pengumuman untuk keluar parti dan BN, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, juga seorang Timbalan Menteri serta menyokong Pakatan Rakyat (PR) tetap satu yang menggempar dan diluar jangkaan pelbagai pihak pengamat politik tanah air.

Di segi “timing”-nya ia amat menggugat kedudukan Najib yang sedang mencari-cari tanda positif untuk pembubaran parlimen selepas hari raya ini.

Tambahan Najib sedang berusaha untuk menubuhkan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan perdamaian atas isu pertikaian kepimpinan Ketua Menteri dan adiknya. Amat sukar untuk beliau mencari penyelesaian terhadap kedua-dua isu yang membakar ini sekaligus menjejas persepsi keutuhan serta kawalan Najib terhadap politik Sabah. Lebih tepat lagi Najib sudah kehilangan  atau paling tidaknya “kekurangan” “Simpanan Tetap”-nya.

Persepsi buruk terhadap “Janji Tidak Tertunai” di negari Borneo ini juga mencalar kepemimpinannya bersabitan kepimpinan Taib Mahmud di Sarawak. Isu ini turut menghempit dan menghantui slogan “Janji DiTepati”-nya.

Tambahan pulak dikatakan bahawa Taib akan terus kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Taib cukup memahami bahawa Najib sangat berhajat sokongan dirinya dan tidak bersedia untuk berdepan dengan suasana tidak menentu seperti di Sabah.

Kejutan buat Najib bukan kepalang dan amat menyiksakannnya. Kembali menekannya adalah asakan tentang pendedahan pelbagai “skandal” yang melibat Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Perletakkan jawatan seorang Ketua Jabatan Komplian Global HSBC semalam telah mencetuskan “exposé” urus-tadbir yang sarat dengan rasuah transaksi balak dan pelbagai kegiatan “penyucian wang” atau “money laundering” di negeri terkaya tetapi punyai rakyat paling ramai termiskin diseluruh Persekutuan Malaysia itu. Jumlah mencecah nilai trillion disebut oleh beliau.

Sementara itu, umum masih ingat kes bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail telah mempergunakan SPRM memangsakan beliau dan pasukan penyiasatnya bersabit seorang lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan “Along”, loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah.

Apa pun, “Simpanan Tetap” Najib yakni 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan bakal tumbang kepada Pakatan Pembangkang.

Shafie Afdal yang menanti peluang mengambil alih juga bergelut menangkis tuduhan terlibat dalam “skandal perhubungan”. Pun begitu ia tidak semudah didakwa sebab formula kerjasama “pembangkang” juga belum muktamad.

Tetap dirasai umum bahawa kalau dulu Najib masih menaroh harap kepada kaum K-D-M dan Melayu di Sabah kini sudah semakin tercalar dan hambar. Bukan sahaja Melayu di Semenanjung sudah terbelah, kini juga di Borneo sementara kaum Cina dan India terus tidak mahu kembali menyokong BN kerana sangat kecewa dengan gelagat dan polisi Umno dan kuncu-kuncu NGOnya seperti Perkas dan Jeti yang melampau.

Apakah maknanya buat Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Center bahawa “tahap keyakinan” atau “Approval Rating” pada paras 64 peratus, (Jun) menurun 1 peratus dari bulan Mei (65 peratus), sementara tahap keyakinan kepada parti dan Barisan Nasional yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42 peratus? Kesenjangan sokongan amat ketara. Ramai juga yang masih ingat bahawa Pak Lah sebelum PRUke-12 mendapat “approval rating” setinggi 71 peratus.

Ada pakar-pakar Sains Politik yang menyebutkan bahawa perubahan “turun-naik” sehingga tahap 3 peratus itu tidak signifikan disegi perbezaan undi kerana julat kesilapan (margin of error). Lebih penting lagi adalah “trend” atau “pola” penurunan yang jelas di alami Umno-BN yang mutakhir ini sangat ketara.

Kerajaan Umno-BN ini yang kini merupakan kerajaan paling tua-lama memerintah (longest serving government) di atas muka bumi ini (selain dari China dan Vietnam ― bukan demokrasi), rata-ratanya ditanggapi gagal mengisi pengharapan rakyat setersunya. Kereputan “kerajaan lama” ini adalah akibat kehilangan kepekaan kepada rakyat yang setia mengangkat mereka dalam setiap PRU.

Kegagalan menghayati cita-rasa dan kehendak rakyat ini jelas dengan paling mutakhir cubaan untuk menggunakan slogan “Janji Ditepati” untuk Hari Merdeka tahun ini. Kajian Sinar Harian contohnya menunjukkan bahawa 86 peratus mahukan slogan itu ditukar dan ditolak. Hanya 14  peratus sahaja yang menyokong slogan tersebut.

Umno-BN semacam hilang segala “sentuhan berbisa” dan “tarikan” yang satu masa dahulu merekalah segala-galanya semasa zaman awal pasca-Merdeka. Mungkin ketika itu memang mereka punyai kepimpinan yang berkorban untuk rakyat atas nama Kebangsaan Melayunya. Tetapi tidak lagi kini.

Pembolotan dan kerakusan penguasa elit Umno-BN sangat menyerlah. NFC dan Felda lambang kegagalan Umno kini. Ceramah bekas tokoh-tokoh Umno seperti Kadir Sheikh Fadzil dan Tamrin Ghafar, adalah sangat tajam mendedahkan “kebobrokan” dan “kerakusan” kepimpinan Umno bermula era Dr Mahathir Mohamad sehingga Najib kini.

Najib juga begitu sudah kehilangan stature “kenegarawanan”-nya. Dia sudah terlalu “mikro” dan kehilangan arah perhitungan “besar dan makro” terhadap permasalahan negara. Dia terlalu sangat takut untuk hilang kuasa pemerintahan. Tidak ada slogan yang inklusif dan menarik dan merentasi semua segmen rakyat seperti “Bersama Membangunkan Negara Tercinta”.

Najib hanya mahukan pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus “memberi dan membeli” undi rakyat ― BRIM 1 dan kini bonus dan sebagainya. Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada kesengsaraan rakyat. Pemangsaan rakyat khasnya warga peneroka di Felda dalam jangka jauh dan Lynas di Gebeng membuktikan sebaliknya. Malang!

Masa untuk berubah telah sampai. Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengisi pengharapan rakyat nanti? Apakah PRU ke-13 benar-benar akan menjadi “Waterloo” Najib Razak?

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

News image

 Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Fatimah Zuhri, Utusan ...

Anwar sukar terima takdir Tuhan

News image

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan t...

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila

News image

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama. Jamilah Kamarudin, FMTHak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi ...

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

News image

(Utusan Malaysia) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan akan 'langgar' mana-mana pihak cuba mengacau akhbar Utusan Malaysia yang lantang memperjuangkan Perlembagaan dan k...

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

News image

(Berita Harian) - Jawatankuasa Disiplin PKR diminta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Datin Seri Dr Wan Azizah W...

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

News image

(Harakah Daily) - PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) l...

Azizan lega PAS kalah di Kedah?

News image

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.  (FMT) - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR ‘Waterloo’ Najib bermula di Sabah?

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar