.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR ‘Jangan cakap tak serupa bikin’

‘Jangan cakap tak serupa bikin’


Sunday, 22 July 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Tengku Adnan mahu Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan BN bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang.

(Bernama) - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang.

Beliau berkata BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang.

“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia memberi kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang.

Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak.

Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak beramai-ramai untuk meraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen.

“Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

News image

(Sinar Harian) - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim (gambar) telah ditahan ketika kira-kira jam 9...

Pembantu khas Zairil dipukul

News image

(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli A...

Sikap Anwar Ibrahim tak terima kekalahan membuat JK kecewa!

News image

RIMANEWS -- Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat yang merupakan partai oposisi di Malaysia, membuat Mantan Wakil Presiden RI periode 2004-2009 Jusuf Kalla (JK) kecewa dengan sik...

Anwar Raja Fitnah - SPR

News image

(Agenda Daily) - SPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi b...

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

News image

Anis Nazri, Harakah DailyPAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri i...

Tony Pua lupa ada 2 pilihan

News image

Tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor, kata Khalid Samad.  (Fmt) - Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua ...

Apa lagi Hindraf mahu?

News image

Sekilas pandang terhadap Hindraf berikutan pelantikan Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib.Memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara BN pimpinan Najib dan Hindraf pimpinan Waythamoorthy pada 18 April lalu; dan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR ‘Jangan cakap tak serupa bikin’

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar