.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah

Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah


Monday, 16 July 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

"Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM," kata Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jamilah Kamarudin, FMT

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri apabila mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan pada tahun ini juga.

Muhyiddin semalam dalam laporan media membayangkan tahun ini merupakan masa terbaik PRU13 dan tidak fikir ia akan berlarutan sehingga tahun depan.

“Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya.

Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari
Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya),” katanya dipetik Bernama.

Mahfuz mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu sangat bercanggah dengan hasrat Najib sebelum ini yang mahu menggunakan sepenuhnya mandat tempoh PRU sehingga April tahun depan supaya semua janji kepada rakyat dapat ditunaikan.

Katanya, sebagai orang kanan Muhyiddin sepatutnya mendukung hasrat Najib namun beliau dilihat sekali lagi mahu cuba menggunakan ‘formula peralihan kuasa’ yang sama semasa pengunduran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2010.

Ulang seperti desak Pak Lah undur

“Nampaknya dia ulang apa yang dilakukannya pada tahun 2010 apabila mengeluarkan kenyataan mendesak Pak Lah undur lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui Kabinet.

“Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. 

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar