.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Debat Soi Lek-Guan Eng: Mengapa ia gagal?

Debat Soi Lek-Guan Eng: Mengapa ia gagal?


Sunday, 15 July 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Dan ternyata, apa yang diramalkan tidak mengecewakan. Serang dan serang..itulah posisi yang diambil oleh Guan Eng sepanjang sesi perdebatan itu dengan memfokuskan kepada Umno dan MCA. Sementara Soi Lek pula hanya menangkis apa yang cuba dibangkitkan pemimpin DAP terbabit. 

Markus Lim, The Malaysian Insider

Sesiapa yang sempat menonton debat kedua membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di kaca televisyen Ahad lalu, sudah mempunyai kesimpulan terhadap kesudahan debat berkenaan. 

Barangkali juga, mereka yang menyaksikan debat itu turut kecewa dengan nada dan perjalanan keseluruhan debat. Dari permulaan lagi, sudah dijangka halatuju debat 2 Guan Eng dan Soi Lek adalah lebih kurang sama dengan debat yang pertama. 

Dan ternyata, apa yang diramalkan tidak mengecewakan. Serang dan serang..itulah posisi yang diambil oleh Guan Eng sepanjang sesi perdebatan itu dengan memfokuskan kepada Umno dan MCA. Sementara Soi Lek pula hanya menangkis apa yang cuba dibangkitkan pemimpin DAP terbabit. 

Ada yang mengatakan Guan Eng merupakan pemenang sebenar dalam debat 2 ini kerana beliau berjaya mengemukakan hujah-hujah bernas mengenai kelemahan pihak lawan. Tak kurang juga yang melihat Soi Lek lebih menyerlah dan tenang ketika menangkis setiap serangan Guan Eng. 

Bergantung kem mana yang anda sokong, persepsi terhadap kesudahan debat 2 adalah berbeza-beza. Bagi kebanyakan pemerhati termasuk penulis sendiri, realitinya tidak banyak beza antara debat 1 dan debat 2. 

Pernah disebutkan bahawa dalam debat 1 ia semacam satu medan maki-memaki namun peringatan itu tidak diendahkan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Dan terbukti dalam debat 2, serangan yang lebih hebat berlaku. Soi Lek dengan obsesinya terhadap DAP manakala Guan Eng terhadap MCA dan Umno. 

Nampaknya debat 2 anjuran Asli itu lebih merupakan platform buat Guan Eng dan Soi Lek untuk beradu tenaga dan membelasah antara satu sama lain. Mereka sebenarnya sedar bahawa objektif untuk mengadakan sesi debat yang rasional, sukar. 

Tetapi peluang untuk membelasah dan merendah-rendahkan imej pihak lawan terlalu sukar untuk dilepaskan. Permusuhan DAP-MCA bukanlah perkara baharu dalam dunia politik tempatan. Dari dahulu lagi, kedua-duanya cuba untuk mengatasi antara satu sama lain dengan satu tujuan meraih sokongan kaum Cina. Amat malang untuk melihat kedua-dua parti Cina bermusuhan semata-mata ingin menonjolkan siapa pejuang kaum Cina yang sebenarnya. 

Maka apabila kesudahan debat 2 adalah serupa, mereka akhirnya memutuskan tidak menerima cabaran untuk debat 3. Persoalannya, mengapakah mereka berdua perlu berdebat jika sudah mengetahui awal-awal objektif itu tidak akan mencapai kenyataan? Mengapa perlu memperbodohkan diri sendiri semata-mata untuk mendapat publisiti murahan yang hanya memualkan rakyat? 

Pelik tetapi benar, kedua-dua siri debat itu tidak sekali pun menonjolkan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan. Apa yang kelihatan hanyalah tuduhan, tohmahan dan cabaran dari seorang pemimpin kepada seorang pemimpin lain. Tidak kurang juga, yang cuba mempromosikan parti masing-masing. 

Yang pastinya, rakyat tidak terpegun dengan sikap sedemikian. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kedegilan pemimpin-pemimpin berkenaan mematuhi format debat yang ditetapkan, hanya akan menyebabkan ramai selepas ini melihat debat sebagai medan mencari publisiti murahan. 

Kemahiran berdebat bukanlah satu kemahiran yang diperolehi secara semulajadi. Ia perlu melalui latihan berterusan selain menuntut kekuatan mental. Dalam konteks ini, bukan semua yang berbakat untuk berdebat. 

Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia bahawa di masa-masa akan datang, akan dianjurkan lagi siri-siri debat sedemikian untuk tatapan rakyat bersama. Namun, debat yang akan dianjurkan itu tidak harus mengalami nasib serupa seperti mana yang berlaku pada debat Guan Eng-Soi Lek. 

Apa yang dimahukan oleh semua pihak ialah suatu debat yang dibahaskan secara rasional, tenang, terus kepada isu dan tidak melencong daripada topik asal. Rakyat berhak mendapat kualiti perdebatan yang terbaik daripada wakil rakyat yang dipilih. 

Kepada pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan, manfaatkanlah kesempatan sedia ada ini untuk menonjolkan anda sebagai seorang pemimpin yang berintelektual dan berpengetahuan. 

Perdebatan tidak semestinya menggunakan emosi tetapi akal fikiran yang bernas. Perdebatan yang berisi adakalanya lebih baik daripada perdebatan yang dipenuhi emosi yang melampau. 

Apa gunanya menitikberatkan kepada emosi dalam hujah anda tetapi tidak ada suatu hujah konkrit untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan? Rakyat tidak peduli dengan permusuhan anda dengan pihak lawan tetapi apa yang mereka mahukan hanyalah perdebatan yang berkualiti. 

Perdebatan berkualiti atau perdebatan penuh emosi ? Pilihan terletak di tangan anda.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir

News image

(TMI) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei t...

Matangkah cara kita berpolitik?

News image

Dalam tempoh 7 tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang? Mohd Hisham Abdul Rafar, Bernama Sebilangan r...

Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

News image

 (mStar) - Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), ...

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

News image

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri A...

TPP: Apa kerajaan sorok?

News image

 (Sinar Harian) - Maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan ...

Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar

News image

(Sinar Harian) - Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia J...

Anwar mengadu kepincangan p’raya kepada Presiden Indonesia

News image

Bagaimanapun, Susilo Bambang Yudhoyono Susilo mengatakan beliau tidak boleh mencampurin urusan dalam negeri Malaysia. (FMT) - JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang d...

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

News image

Md Izwan, TMIBekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya s...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Debat Soi Lek-Guan Eng: Mengapa ia gagal?

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar