.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR 10 alasan sabit Anwar kes liwat

10 alasan sabit Anwar kes liwat


Wednesday, 11 July 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful, kata pihak pendakwaan.

(FMT) - Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.

Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa “male Y” yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari ‘semen extract’ (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

“Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan,” kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pertimbangan yang salah?

Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

“SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut,” kata pihak pendakwaan lagi.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

READ MORE HERE

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

News image

 Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Fatimah Zuhri, Utusan ...

Anwar sukar terima takdir Tuhan

News image

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan t...

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila

News image

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama. Jamilah Kamarudin, FMTHak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi ...

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida

News image

(Utusan Malaysia) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan akan 'langgar' mana-mana pihak cuba mengacau akhbar Utusan Malaysia yang lantang memperjuangkan Perlembagaan dan k...

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden

News image

(Berita Harian) - Jawatankuasa Disiplin PKR diminta mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Datin Seri Dr Wan Azizah W...

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR

News image

(Harakah Daily) - PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) l...

Azizan lega PAS kalah di Kedah?

News image

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.  (FMT) - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR 10 alasan sabit Anwar kes liwat

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar