.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?

Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?


Thursday, 21 June 2012 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri, kata wakil PKR Selangor.

(FMT) - PKR Selangor tidak menolak kemungkinan bahawa gerakan menggesa pemecatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin didalangi pihak dalaman parti itu sendiri.

Tiga anggota parti itu yang mengadakan sidang media di sini petang ini mendakwa wujud usaha tersebut dan mahu Faekah dikekalkan pada posisinya.

Jurucakap Mohd Naquib Carmeil Roseli berkata, Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri.

Ketika diasak soalan pemberita berhubung dakwaan ada kaitan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali dengan gerakan tersebut Mohd Naquib sebaliknya berkata, tidak ada bukti kukuh mengenainya.

Ketiga-tiga mereka yang hadir atas kapasiti individu berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan Azmin mahupun mana- mana ahli politik lain.

Azmin Ali semalam dilaporkan enggan mengulas dakwaan mengaitkan beliau dengan gerakan tersebut.

Beliau sebaliknya berkata tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut, malah tidak bersetuju serangan secara terbuka terhadap Faekah.

Satu gerakan atau kempen melalui laman sosial Twitter dengan hashtag menggunakan #kamisayangPKR #Pecat Faekah dilihat memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Faekah untuk berundur diri dari posisinya.

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

RBA jangan main mercun

News image

Matlamat mereka mudah: mahu memastikan tidak ada pemimpin Cina menyokong kerajaan. Matlamat mereka menjadikan DAP paling kuat dalam kelompok Pakatan Rakyat jauh mengatasi pengaruh Pas. (Sinar Harian) -...

PAS pertahan kepimpinan ulama

News image

Ulama lebih dekati Islam, memahami Islam dan tahu selok-belok Islam, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.  (FMT) - Majlis Syura Ulama PAS akan memastikan kepimpinan ulama akan terus d...

Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir

News image

(TMI) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei t...

Matangkah cara kita berpolitik?

News image

Dalam tempoh 7 tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang? Mohd Hisham Abdul Rafar, Bernama Sebilangan r...

Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

News image

 (mStar) - Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), ...

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

News image

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri A...

TPP: Apa kerajaan sorok?

News image

 (Sinar Harian) - Maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar