.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Kerajaan, SPR kaji semua 22 syor

Kerajaan, SPR kaji semua 22 syor


Thursday, 05 April 2012 administrator
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Najib Razak

(BH) - Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji semua 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan seperti pihak lain juga mahu proses pilihan raya yang bersih dan adil kerana tidak mahu dipilih kononnya berdasarkan penipuan. “Tiada apa hendak kita disembunyikan,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-20 yang berakhir di sini, semalam.

Ditanya sama ada semua syor dikemukakan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meneliti syor dicadangkan dan kemungkinan tidak semua dilaksanakan.

Katanya, ia juga bergantung kepada kerajaan dan SPR untuk mengambil kira apa yang boleh dilaksanakan dalam bidang kuasa kerajaan.

“Kerajaan akan membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan, namun apa yang penting kita tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Kita mahukan pilihan raya yang adil dan bersih... kita tidak mahu dipilih berdasarkan sebarang unsur penipuan dalam pilihan raya.

“Kita tengok dulu. kita perlukan masa untuk meneliti cadangan sama ada ia selari dengan matlamat penubuhan jawatankuasa berkenaan. Saya yakin kita ada pertimbangan positif kerana walaupun apa pun, kita mahu proses ini dilihat secara positif,” katanya.
Beliau juga kecewa dengan tindakan pembangkang menimbulkan kekecohan ketika perbahasan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Katanya, tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah untuk membincangkan segala proses berkaitan pilihan raya di negara ini dan sejajar dengan matlamat mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

“Kita menunjukkan keikhlasan dengan menubuhkan PSC yang ahli terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang... segala isu patutnya sudah diketengahkan. Saya difahamkan banyak perkara dibincangkan dan mereka (wakil pembangkang) terima, tapi bila dibentang secara rasmi, timbul pula kekecohan dalam dewan,” katanya. 

 


 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

BERITA/KOMENTAR

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar

News image

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri A...

TPP: Apa kerajaan sorok?

News image

 (Sinar Harian) - Maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan ...

Penganalisis: Tindakan Anwar tidak wajar

News image

(Sinar Harian) - Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia J...

Anwar mengadu kepincangan p’raya kepada Presiden Indonesia

News image

Bagaimanapun, Susilo Bambang Yudhoyono Susilo mengatakan beliau tidak boleh mencampurin urusan dalam negeri Malaysia. (FMT) - JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang d...

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

News image

Md Izwan, TMIBekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya s...

UAI sifatkan petisyen BN di Kelantan lawak

News image

"Saya kata jangan jatuhkan kerajaan Islam.”  (Harakah) - Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa 'haram menjatuhkan kerajaan Islam' yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan k...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Kerajaan, SPR kaji semua 22 syor

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar