.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Nurul Izzah nafi surat beracun

Nurul Izzah nafi surat beracun


Thursday, 29 December 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang.

"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula.

Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

“Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.

 


Comments (3)Add Comment
...
written by litingrui, December 30, 2011 02:41:57
This poison letter may come from UMNO.
...
written by SY Tan, December 29, 2011 20:26:17
Nice and timely response, sharp and short. Now let's focus on our main objective, ABU.
...
written by vhari, December 29, 2011 19:41:27
Perkara iti sudah tutup.Harap gang-gang star tidak syok-syok sendiri dengan perkara ini.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 

BERITA/KOMENTAR

Hukuman tidak patah semangat bantah ISA

News image

(Harakah Daily) - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati kepada 11 orang tahanan himpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun 2009 yang dikenakan hukuman ...

FELDA tetap disenarai

News image

(Berita Harian) - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dengan jaminan untuk tetap menjaga ...

Kelantan mahu ambil balik ladang bakal diurus FGVH

News image

(Harakah Daily) - Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melantik satu panel guaman bagi memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk mengambil balik ladang seluas 55,500 ekar tanah Felda y...

PKR tak debat dengan RPK

PKR ada sebab untuk tidak senang dengan perkembangan baru tuisan Raja Petra. Tetapi tidak senang itu jangan reaksinya sampai berlebihan, hingga dilihat berperang dengan RPK dari berperang dengan ...

Jangan paksa PNB jual asset

A Kadir Jasin, The Malaysian Insider Patutkah Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa atau dipaksa menjual pelaburan bukan terasnya kepada usahawan Bumiputera? Pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ...

Keluar dari Syria sekarang

News image

(Berita Harian) - Kementerian Luar semalam mengingatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Syria supaya meninggalkan negara berkenaan atau berpindah ke pusat pengajian di luar negara bergolak i...

Najib silap, bilionair bukan kebanggaan negara

News image

(Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tersilap membuat congakan politik ekoran kenyataannya tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah Malaysian Businessdisangkanya adalah satu yang baik ...

Mahfuz cabar Hishammuddin berdebat

News image

(Harakah Daily) - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagi topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin ...

Politik perkauman hanya merenggang perkauman

(Harakah Daily) - Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.

You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Nurul Izzah nafi surat beracun

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar