.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Bersih batal himpunan jika Najib jamin senarai pemilih bersih

Bersih batal himpunan jika Najib jamin senarai pemilih bersih


Sunday, 19 June 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

"Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut," kata Anwar Ibrahim.

(Free Malaysia Today) - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Himpunan Bersih 9 Julai dibatalkan jika Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih.

“Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut.

“Tetapi dengan syarat mereka boleh membersihkan senarai daftar pemilih, saya tidak payah membuat perarakan,” katanya pada Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.

Bersih merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai bermula di Dataran Merdeka bagi meminta supaya pilihan raya yang bersih dan adil.

Walaupun polis tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan tersebut dan akan menangkap pemimpin Bersih, pihak penganjur bertekad meneruskan perhimpunan tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menentang penyelewengan SPR.

Pengundi hantu di Kelang Gate

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar meletak jawatan dan bertanding di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum akan datang.

Orang nombor dua PKR itu merujuk kepada senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh SPR pada 13 Mei lalu.

READ MORE HERE

 


Comments (2)Add Comment
...
written by Ezzy, June 20, 2011 12:49:17
“Tetapi dengan syarat mereka boleh membersihkan senarai daftar pemilih, saya tidak payah membuat perarakan"

Semenjak bila Anwar jadi pengerusi BERSIH?
...
written by Concerned_Citizen, June 20, 2011 00:13:44
Datuk Seri, takan ler datuk seri tak tau yang si c4 to penipu?! Nak caya sama dia?! Himpunan bersih tu on ke tidak, diaorang takan berhenti main kotor... nak sangat nak menang... kalou tidak Putrajaya karang tu kena ditukar jadi penjara jaya!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 

BERITA/KOMENTAR

Hukuman tidak patah semangat bantah ISA

News image

(Harakah Daily) - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati kepada 11 orang tahanan himpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun 2009 yang dikenakan hukuman ...

FELDA tetap disenarai

News image

(Berita Harian) - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dengan jaminan untuk tetap menjaga ...

Kelantan mahu ambil balik ladang bakal diurus FGVH

News image

(Harakah Daily) - Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melantik satu panel guaman bagi memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk mengambil balik ladang seluas 55,500 ekar tanah Felda y...

PKR tak debat dengan RPK

PKR ada sebab untuk tidak senang dengan perkembangan baru tuisan Raja Petra. Tetapi tidak senang itu jangan reaksinya sampai berlebihan, hingga dilihat berperang dengan RPK dari berperang dengan ...

Jangan paksa PNB jual asset

A Kadir Jasin, The Malaysian Insider Patutkah Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa atau dipaksa menjual pelaburan bukan terasnya kepada usahawan Bumiputera? Pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ...

Keluar dari Syria sekarang

News image

(Berita Harian) - Kementerian Luar semalam mengingatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Syria supaya meninggalkan negara berkenaan atau berpindah ke pusat pengajian di luar negara bergolak i...

Najib silap, bilionair bukan kebanggaan negara

News image

(Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tersilap membuat congakan politik ekoran kenyataannya tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah Malaysian Businessdisangkanya adalah satu yang baik ...

Mahfuz cabar Hishammuddin berdebat

News image

(Harakah Daily) - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagi topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin ...

Politik perkauman hanya merenggang perkauman

(Harakah Daily) - Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.

You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Bersih batal himpunan jika Najib jamin senarai pemilih bersih

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar