.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK


Wednesday, 01 September 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ini.

Mereka ialah Adun Batu Caves Amirudin Shaari akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK, manakala  Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang)akan  bertanding naib ketua  AMK.

Manakala Adun Teja, Chang Lih Kang  bersama Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.

Mohd Rafizi mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau menggelar pasukannya itu barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.

Dua calon lain yang disebut-sebut bertanding Ketua AMK ialah  Shamsul Iskandar Md Akin dan seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharim, bagaimanapun belum ada pengumuman rasmi.

Mohd Rafizi berkata, generasi reformasi beberapa asas yang perlu diperkukuhkan oleh AMK.

Katanya, ia termasuk membawa pendekatan baru untuk mempelbagaikan isu orang muda yang diangkat ke peringkat nasional.

"Memperkukuhkan organisasi peringkat akar umbi dengan memastikan persediaan kewangan yang memuaskan dan urus tadbir akar umbi yang baik.

"Tumpuan khusus kepada latihan kepimpinan dengan memberi ruang yang seluasnya kepad pemimpin bawah 30 tahun sebagai persediaan masa depan," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Mohd Rafizi, selain ahli MPP, beliau juga  bendahari PKR Terengganu dan kini ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi berkata, gerakan reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza tetapi mempunyai  matlamat yang sama.

Gerakan reformasi ini, katanya mewakili suara anak Malaysia yang mahukan perubahan dinamik secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, dalam pilihanraya umum lalu adalah kesinambungan kepa perjuangan generasi reformasi.

Walaupun isu pokok yang menjadi teras perjuangan tetap sama, pelbagai isu baru juga timbul dan perlukan pembelaan sewajarnya, katanya. 

READ MORE HERE 

 


Comments (2)Add Comment
...
written by red1, September 02, 2010 06:58:41
The fact that hardly anyone care to comment here shows how disinterested the masses are in PKR internal politics. I did not comment earlier cos i know nothing about PKR internal politics. I just hope there is continuity of leadership after Anwar. One without luggage.
...
written by chipon, September 01, 2010 23:35:39

Good guy and qualified for the post in addition that he graduated from cambridge, but the only problem is that he is an anwar loyalist 100%. Ketua pemuda should be someone who could provide positive criticism when something goes wrong with the leadership, not kow tow to everything.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 


This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar