.

MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR

Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR


Wednesday, 11 August 2010 Aurora
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Oleh Adib Zalkapli, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Anggota Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim menolak laporan media bahawa beliau akan bersaing pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu hujung tahun ini.

Bekas menteri persekutuan ini menegaskan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahu respons kepada laporan media bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden Keadilan pada pemilihan akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.

“Laporan ini tidak benar kerana saya tiada apa-apa rancangan untuk bertanding sebarang jawatan parti,” kata beliau.

Kata Zaid, keutamaan beliau ialah memperkukuhkan Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden  PKR Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini pernah mengatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatannya jika pucuk kepimpinan menerima hasrat beliau.

Antara yang disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua itu ialah Mustaffa Kamil Ayub, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mustaffa dan Azmin merupakan Naib Presiden PKR.

 

SELANJUTNYA DI SINI.


Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 

BERITA/KOMENTAR

Zamil ajak Perkasa, Amanah, Jati bentuk kuasa ketiga

"Lupakan Datuk Zaid Ibrahim. Kita bentuk satu gabungan baru yang diterajui pemimpin berwibawa, matang dan berprinsip."(Free Malaysia Today) - Pemimpin KITA mencadangkan NGO besar seperti Perkasa dan Amanah serta ...

Hasan Ali: 72 peratus kepimpinan PAS dikuasai golongan sekular

Beliau berkata, 28 peratus lagi golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ...

Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama

(Harakah Daily) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius  insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul seperti mana yang dilaporkan di media massa hari ...

Hasan Ali orang suruhan Umno

Apa yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga berunsur hasutan bertujuan untuk mengapi- apikan sentimen perkauman.(Free Malaysia Today) - Setiausaha Politik Lim Guan Eng, ...

Buku Jingga tak sesuai di Kedah

(Utusan) - Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung ...

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Angkasa

Belanja RM1.27 juta untuk membeli tujuh buah Toyota Camry.(Free Malaysia Today) - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) didakwa terjebak dengan skandal salah urus dana apabila membelanjakan wang ...

Anwar jauh menyimpang dari pendirian Malaysia

Ketua Pembangkang itu nampaknya sudah terlalu jauh berubah, lantang mengutuk kekejaman Israel suatu ketika dulu, hari ini beralih arah menjadi penyokong. (Free Malaysia Today) - Kenyataan Ketua Pembangkang, ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar