.

Pemuda Umno Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Anwar


Sunday, 21 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(mStar Online) - Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Menurut Ketua Pemudanya, Suhaimi Ghazali laporan tersebut dibuat susulan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat, Rabu lalu.

"Saya membuat laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada pukul 10 pagi tadi.

"Pemuda Umno Selangor mahu polis menyiasat kebenaran dakwaan Zahrain. Jika ada kebenaran pihak polis perlu segera mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Rabu lalu, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, menggemparkan Sidang Dewan Rakyat apabila mendedahkan Anwar 'menjaja' nama Tuanku Mizan Zainal Abidin kononnya Seri Paduka menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan jumlah ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menyertai pembangkang.

Zahrain turut menamakan lapan ahli Parlimen BN yang akan melompat parti, antara nama yang disebut ialah:

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Tawau), Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepangar), Datuk Mohd Puad Zakarshi (BN - Batu Pahat), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN -Jerantut).

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata laporan polis itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan rakyat di negara ini.

"Adalah tidak wajar untuk menggunakan nama institusi diraja dan ATM terlibat dalam rancangan Anwar kerana dua-dua badan ini merupakan badan yang bebas dan mereka tidak campur tangan dalam urusan politik.

"Kita harap pihak polis siasat kenyataan Zahrain, jika benar mereka perlu segera bertindak supaya tidak ada pihak yang menggunakan nama Agong dan ATM untuk kepentingan peribadi masing-masing," katanya.

Jelasnya, pihak polis memberi jaminan akan menyiasat laporan tersebut secepat mungkin.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Zahrain berhubung dakwaan Anwar bahawa usahanya mengambil alih kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ATM.

 


Comments (6)Add Comment
...
written by popuri, March 25, 2010 13:38:34
Line number 8 says: To reduce confusion of the people.

If they stop doing so much unnecessary things, it will noticeably reduce the confusion of the people. As if we didn't know that is the sole purpose of your actions, you want to spin and spin until the people go all dizzy so that we will fall for your dumb tricks, you over estimate yourself. Stop trying our patience. And stop insulting our intelligence.
...
written by DezMalaysia, March 22, 2010 10:30:51
Everything based on Zahrain frog the liar's lies to attempt a nailing on DSAI ! Go ahead, please...

You'll see how UMNO Babi Negara will suffer in the 13th GE ! Rakyat dare you Babi Negara to go ahead and nail DSAI ! Do whatever you want in your numbered days...
...
written by Aduh, March 22, 2010 02:05:48
Jangan lupa buat satu lagi laporan polis. Ia terhadap seorang yang bersumpah dalam masjid dengan menggunakan Quran bahawa dia tidak kenal Altantuya. Ia lebih utama kerana bersaksikan Allah. Desak polis menyiasat segera.
...
written by doitanyway, March 22, 2010 00:08:59
ANOTHER POLICE REPORT ??? Where are their ideas to improve the country ????? Just unbelievable !
...
written by storm62, March 21, 2010 16:37:48
Police should check the creditability of this bastard zahrain first as he have been proven lying in the Parliament. If everybody were to make reports like this, the police will have no time setting up road blocks and speed traps to earn their living.

I was thinking to pay some foreign workers with permit to lodge a police report and claim that the umno pm murdered somebody and let the police investigate him first, can i do that? If the pemuda umno can, why can't we?.......i hope the police can ask me!!!

And to those monkeys of pemuda umno, they are been hungry and should be spoon fed by their masters. I hope their masters can get them off the streets or thrown them back to the jungle.
...
written by SpeakOut, March 21, 2010 15:20:43
Pemuda Umno ini sial betul. Tak erti keadilan ke? Tolong siasat Zahrain kerana beliaulah yang mebuat tuduhan.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

BERITA/KOMENTAR

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

News image

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan ...

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

(Harakahdaily) - Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah ...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

(Harakahdaily) - Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan ...

Najib: Jangan biar perkauman hancurkan negara

News image

Oleh The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan dan sikap ...

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

News image

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau A...

Adun PAS ziarah kuil Hindu

News image

(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun P...

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Pemuda Umno Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar