.

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar


Thursday, 18 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

 


Comments (6)Add Comment
...
written by Eskay345, March 18, 2010 20:59:22
Macam Semi Value selalu berkata; "Kemaluan saya sangat besar.........."
Begitu juga saya apabila mendengar bahawa Datuk Seri Zahrain Sampah "bercakap sampah" dalam satu sidang media di Parliamen baru-baru ini.
Buang masa sahaja.
...
written by storm62, March 18, 2010 19:33:44
bila terbaca nama sial zahrain 2 ringgit tu bikin aku hilang selera....phtuuiiiiiiiiiiiiii.
...
written by ibabonma, March 18, 2010 17:16:13
Saya amat malu besar jika berbapakan atau bersuamikan si penyamun Zarin ni. Muka dia jelas muka duitan, muka kaki betina. Tak ada maruah. Semengat perjuangan langsung kosong. Sebiji muka penyangak. Pengundi hendaklah memberi layanan semacam ini kepada dia. Jangan pandang dia lagi. Orang Umno sokong dia .... satu sen pu tak dapat, tapi dia dapat juta-juta.

Kalau tak kerana duit takkan dia melompat. Pasal LimGE? Pasal Allah?
...
written by Tohoen, March 18, 2010 16:29:14
Memang betui, darahkumelayu, jika seseorang tiada berprinsip, lebih baik dia jadi anjing, supaya masih boleh dihormati!!!

Sebab yang betui Zahrain letak jawatan ia lah dia tak dapat contract Kelab Golf. Dia masih membawa cara UMNO dan cuba mengamalkannya di dalam kerajaan PKR!!!
...
written by eks, March 18, 2010 16:27:02
Wahai...Zahrain betapa hina nya perangai hang..Setan pun kalah dgn perangai Pelesit hang.Menang atas tiket PKR lepas tu makan balik dia orang.Tak ada niat bersyukur langsung.Org macam Zahrin ni kalau tersepit anak bini dia pun akan dilacurkan untuk kepentingan sendiri.Kesian kedua org tua hang terpaksa menerima Dosa dari perbuatan hang yg cukup hina ni.Ingat skit kalau tak ada PKR maka hang tak boleh la jadi wakil rakyat bebas.ingat YB tu sedekah dari kami pengundi Bayan Baru Setan.Hang la Setan yang bertopengkan manusia.Semoga ALLAH turunkan bala kepada hang dan koncu x2 yang menggelar diri mereka wakil rakyat Bebas.
...
written by darahkumelayu, March 18, 2010 15:49:27
Seburuk-buruk anjing, ia TIDAK pernah cuba mengigit tangan orang yang pernah memberinya makanan. Jika anda tidak mampu menjadi manusia lagi, jadilah anjing ini.. supaya masih boleh dihormati bukannya membuka pekung di dada, silap buka, terbuka dada sendiri.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

BERITA/KOMENTAR

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

News image

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan ...

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

(Harakahdaily) - Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah ...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

(Harakahdaily) - Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan ...

Najib: Jangan biar perkauman hancurkan negara

News image

Oleh The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan dan sikap ...

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

News image

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau A...

Adun PAS ziarah kuil Hindu

News image

(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun P...

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar