(Harakah Daily) - Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.
“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.
Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.
Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.
Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.
“Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.
Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.

written by Fart Fart Wah, March 08, 2010 14:07:27
written by IbnAbdHalim, March 08, 2010 01:30:08
Hari ini selepas solat subuh aku tunggulah di masjid sebab ada kuliah. Puh! Ustaz tu samakan syiah dan wahabi. Wahabi tu tak termasuk ahli sunnah wal jamaah. Yang aku hairan tu kenapa mereka pergi ke Mekah untuk tunai haji sebab di sana semuanya wahabi. Aku rasa lebih baik pergi saja ke Kampung Seronok. Tapi orang Kampung Seronokpun dah pergi ke Mekah juga untuk haji. Itulah hakikatnya. Punya ramainya ulamak di Malaysia sehinggakan wahabipun mereka tak kenal. Main hentam keromo saja. Yang hairannya kenapa JAKIM tak mahu isytiharkan wahabi itu sesat. Kalau diisytiharkan sudah tentu banyak duit dapat diselamatkan.
written by Alice, March 08, 2010 00:33:20
written by Aduh, March 07, 2010 13:48:30
Kalau nak terlibat dalam politik, persilakan. Tak de siapa melarang. Tapi letak jawatan dulu.
Perbuatan anda mengheret Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana adalah tak betul. Rakyat akan hilang hormat kepada anda, seperti keadaan sekarang.
Apakah yang ada pada umNO sehingga anda tertarik hati sangat nak bersekongkol dengannya. ?!?!?!
written by Nasikerabu, March 07, 2010 12:00:26
Lebih baik Harussani melibatkan diri secara langsung dalam arena politik dan menjadi anggota UMNO dari memegang jawatan Mufti Perak........
Salah besar kerana "menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana"



















