.

Isu royalti mungkin ke jalan raya - Salahuddin


Friday, 05 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.

"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengingatkan, pertikaian mengenai minyak telah mencetuskan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979.

"Ayatullah Khomeini berumur 91 tahun ketika beliau memimpin kebangkitan menentang Shah lebih 30 tahun lalu," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau mengaitkan revolusi itu dengan tindakan Mohammad Reza Pahlavi menyalahgunakan kekayaan minyak Iran.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti 'Godfather' apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri," kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

 


Comments (5)Add Comment
...
written by Aduh, March 06, 2010 00:37:27
Name the location, date , time and dress code !!! We love to have one after such a long break.

A suggestion. Make it coincide with an event when there is a gathering of foreign leaders in KL.
...
written by ctlyn, March 05, 2010 15:59:23
memang patut pun hal ini dibawa ke mahkamah atau ke jalan raya. BN membayangkan kemenangan 2/3 kerusi di parlimen ketika bekas ahli PKR keluar parti tetapi diluar parlimen pula sebaliknya. apakah wang royalti yg sepatutnya diberikan hak kepada rakyat Kelantan sudah tidak tersisa kecuali 20 juta? meskipun bukan tanggungjawab Najib ketika syarat itu ditetapkan, namun sebagai pemimpin Islam, beliau seharusnya tahu bagaimana hendak menyelesaikan dengan cara yg adil tanpa menafikan hak rakyat kelantan sedikitpun.
...
written by fireduck, March 05, 2010 15:47:01
I was told that there are supposed to be 4 Pillars in our nations -- the Executive, the Legislature, the Judiciary, and ..... what I was told, the Royalties.

But strangely, I keep hearing of the people being suppressed and injusticed by the Govt, who is the Executive. So I look around to see if Parliament can help correct the actions of the arrogant Executive. Nothing there, because partly thanks to you and I, we do not have enough parity in the august House, so those who speak for us rakyat, or dare to do so at all, are immediately and constantly bullied into silence.

Then I look at the black robed Judiciary. But nothing there either. Some of them are meekly subservient to the Executive, while the rest of them wear the black robes to hide an equally black heart, at least where dispensation of justice is concerned. Sigh ....

But wait, there's the 4th Pillar. Surely it is to count for something in order to be considered as a Pillar in the same breath? So, I look at the splendid gold coated Palaces. Alas, the residents of those palaces must be too busy with modern everyday matters of their own to be concerned about the poor rakyat. Since we have to celebrate and rejoice their birthdays every year, they must be very very important people, and I guess people of such importance cannot be expected to come down to a commoner's level to hold a conversation with the commoner in order to find out what injustices he is suffering from.

Being the blur sotong that I am, I still don't get why it is called the 4th Pillar. Pillars give me the impression that it is to hold up or uphold (whichever way you like) something. Hmmm .... maybe they are expected to uphold the Executive Powers, I suppose.

Then, I was told that such scenarios were prevalent throughout history. The positive thing is that with the end of each decadent society/period comes a positive progressive society, much like the mythical phoenix tising from the ashes. But I hope we do not have to reduce our nation to ashes in order to rise up a promising phoenix.
...
written by Sunshine1, March 05, 2010 15:23:37
Do a HARTAL. Boycott and blockages of all oil refineries as per RPK " Hartal" and start a " Voter get Voters" campaign NOW
...
written by Pegasus, March 05, 2010 15:01:52
Lebih banyak orang pasal ini lebih...baik... nanti di pilihan raya UMUN nanti ...BN akan kena belasah dengan teruk!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

BERITA/KOMENTAR

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

News image

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan ...

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

(Harakahdaily) - Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah ...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

(Harakahdaily) - Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan ...

Najib: Jangan biar perkauman hancurkan negara

News image

Oleh The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan dan sikap ...

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

News image

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau A...

Adun PAS ziarah kuil Hindu

News image

(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun P...

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Isu royalti mungkin ke jalan raya - Salahuddin

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar