(Harakah Daily) - Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim (Gambar) pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).
Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan Setiausaha Agung PKR, kata kenyataan rasmi dari Pejabat MB Selangor.
Kenapa?
Persoalan kenapa Salehudin sebagai bekas Setiausaha Agung PKR sanggup bertindak menikam partinya serta rakan karibnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi fokus utama.
Ini berikutan kehadiran Salehudin pada setiap kali anggota Parlimen PKR membuat pengumuman keluar dari parti itu.
Salehudin pula membuat kenyataan, satu pertiga anggota parlimen PKR iaitu kira-kira 10 orang akan berbuat demikian. Jika kesemua 10 orang itu menyokong BN, ia akan membolehkan parti yang memerintah negara sekarang (BN) mendapat kembali kuasa 2/3 nya yang hilang dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.
Langkah Salehudin umpama cerita drama dalam filem polis apabila penjahat menahan sekumpulan tebusan dan membuat tuntutan dari pihak tertentu. Penjahat itu akan menembak satu persatu tebusannya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.
Sehingga kini, sudah tiga 'tebusan dibunuh' dan akan terus 'membunuh' jika tuntutannya tidak diterima. Tidak diketahui apakah tuntutan Salehudin dan dari siapakah tuntutan itu ditujukan.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataannya berkata, Salehudin marah apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang bergaji RM50,000 sebulan ditolak.
Syed Husin juga berkata, Salehudin dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung PKR.
Dalam jawapan balasnya, Salehudin berkata, Anwar yang meminta beliau menjadi CEO Kumpulan Perangsang untuk kepentingan perjuangan PKR dan dia telah berkata kepada Anwar akan menjadi CEO dengan syarat dibayar gaji RM1 sebulan.

written by antares, March 05, 2010 23:31:41
Salehudin sour grape greedy piggy attitude and froggy action only exposed his true colour - on the same token, such rotten traits surely don't meet PKR leadership qualifications! Lessons to be learned for next GE13 candidates.
What we can say to him is "Boleh berambus jual lah buntut katak kau kepada umeno/BeNd sampai kantoi".





















The Jawatakuasa Pemilihan was far from being a rubber stamp. It was very critical in its selection process and looked into all details. To its assessment, another person was more suited for the job.
It is just an assumption. If true, PKR deserves a big pat on the back for its transparency and should be proud of it. It shows that PKR or rather Pakatan honour one of its election menifestos. .Is that a problem to anyone ?. Of course umNO aside