Tindakan mengoyak dan memijak poster bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon oleh ketua-ketua bahagian UMNO pada tahun lepas disifatkan sebagai biadap, tidak masuk akal dan menjijikkan. Tindakan sebegini sepatutnya dianggap sebagai sempadan kepada para pimimpin Pakatan Rakyat. Apa telah terjadi kepada pemimpin DAP Perak yang meniru tindakan ini dengan meletakkan poster 3 ekor katak untuk dipijak oleh para tetamu dalam mesyuarat Agung negerinya pada 29hb, Nov, 2009? Inilah kreativiti golongan cerdik pandai DAP! Apakah motif sebenar meniru tindakan yang keji ini?
Oleh Lim Peng, Setiausaha Cawangan Parit Jawa Pantai, DAP Muar This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )'; document.write( '' ); document.write( addy_text74391 ); document.write( '<\/a>' ); //-->\n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Sudah tentu peniruan tindakan sebegini akan melepaskan rasa geram setengah ahli dan penyokong parti DAP yang tidak berpandangan jauh yang dendam terhadap 3 ekor katak yang mengakibatkan kejatuhan pemerintahan PR di Perak. Kemungkinan tindakan ini seakan mengunyahkan daging dan menghisapkan darah 3 ekor katak itu. Hakikatnya kuasa pemerintahan tidak akan kembali dengan tindakan lepas geram sebegini. Kita perlu fikirkan iktibar daripada tindakan rakyat Iraq yang pernah meletakkan poster George Bush di lantai hotel Bahdad untuk pijakan orang ramai tetapi realitinya ialah Iraq masih dalam kekuasaan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi 3 ekor katak ini tidak akan dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan BN sebagai calon DUN dalam pilihanraya ke-13. Realitinya mudah sahaja, iaitu “ditakdirkan kalah” kerana tindakan lompat parti mereka tentu tidak boleh diterima oleh pengundi tempatan yang idamkan perubahan dan kebenaran.
Para pemimpin DAP Perak sepatutnya berwawasan jauh dengan perancangan dan strategi untuk menang dalam pilihanraya kelak. Tindakan rasional seperti manginsafkan dan memujukkan 3 ekor katak ini dengan memupukkan mereka kembali ke landasan Allah s.w.t. patut direalisasikan. Tindakan mencaci dan memaki hamun merupakan kefasiqan. Apatak lagi meniru tindakan fasiq ini daripada golongan yang biadap. Apakah kemurniaan akhlak para pemimpin DAP dengan kerja pijak-memijak poster lawannya? Sama sahaja seperti tindakan jahil yang dilakukan oleh orang UMNO. Rakyat sudah sedar tentang kejahatan dan kemudaratan yang dibawakan oleh kerajaan BN. Rakyat akan sentiasa meneliti dan memantau tindakan pemimpin PR yang dikatakan akan membawakan reformasi.
Para pemimpin PR umumnya dan DAP Perak khasnya perlu sedar bahawa reformasi dan perubahan merupakan impian rakyat. Pemerintahan BN selama 52 tahun yang penuh dengan rasuah, penyelewengan kuasa, rakus kuasa dan kemunafikan telah ditolak oleh rakyat yang rasional dan berwawasan yang mahukan tanah air yang tercinta ini kembali kepada kesucian dalam masa tersingkat. Pemimpin PR sepatutnya menunjukkan kredibiliti untuk merubah segala kejahanaman dan kejahatan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Rakyat sentiasa mengidamkan suatu perubahan besar dan spotan dilakukan oleh PR jikalau diberikan mandat pemerintahan pada pilihanray ke-13. Rakyat yang waras tentu tidak ingin kerja busuk dibalas busuk dipaparkan oleh pemimpin harapan mereka. Mudah-mudahan daya kredibiliti dan kemulian akhlak menjadikan seorang pemimpin itu disegani.
Adakah pemimpin PR sedar tentang formula sistem dua baris yang diidamkan oleh rakyat? Diharapkan para pemimpin PR tidak akan keliru dan tertiru dengan sistem dua baris yang dipraktikkan di Thailand. Pertumbuhan ekonomi Thailand sudah terbantut dengan kadar penukaran pucuk pemerintahan yang kerap. Setiap Perdana Menteri baru Thailand masih tersabit dengan skandal rasuah. Ditambah pula keadaan sosial yang masih bergelora dengan tunjuk perasaan puak baju kuning ataupun puak baju merah serta ancaman keganasan di wilayah selatannya. Kegagalan sistem dua baris juga berlaku di Filipina. Rakyat pernah menaruh harapan besar kepada pemimpin baru selepas kejatuhan tahta bekas President Marcus. Tetapi, masalah rasuah dan kemiskinan masih berleluasa. President-presidentnya masih rakus kuasa dan gilakan wang. Contohnya President Aroya masih disyaki terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan calon wakil rakyat dan wartawan yang berlaku di selatan Pulau Luzon baru-baru ini. Bahkan President Aroya masih menghantar borang calon sebagai wakil rakyat untuk pilihanraya tahun depan sunnguhpun jawatan presidentnya sudah 2 penggal. Sistem dua baris di Thailand dan Filipina bukan idaman rakyat Malaysia.
Korea Selatan yang satu ketika ketinggalan di belakang Malaysia telah bertukar menjadi negara maju dengan kejayaan sistem dua barisnya. Setiap barisan pemerintahan yang tidak dapat memenuhi permintaan rakyatnya tentu akan dijatuhkan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Bahkan setengah pemimpin yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak amanah akan undur diri. Seperti bekas presidentnya, Lu Wu Xuan sanggup bunuh diri kerana perasaan serba salah terhadap rakyat. Di sini tertonjolnya kemuliaan akhlak dan kewibawaan seorang tokoh politik yang delikasi dan bertanggungjawab. Para pemimpin PR sepatutnya merujuk kepada sistem dua baris yang dipraktikkan di Korea Selatan dan mempelajari teladan pemimpinnya yang berjiwa rakyat. Para pemimpin PR mungkin boleh minta tunjuk ajar daripada President Susilo, Indonesia yang telah sedaya upaya mencucikan imej negara yang dulunya digeruni dengan indeks rasuah yang tinggi.
Para pemimpin PR perlu sentiasa was-was dengan jerat perkauman yang dipasang oleh BN. Hasrat pimpinan PR semata-mata mencari keredaan Ilahi dan demi kepentingan rakyat umum, tidak sekali-kali didorong oleh kepentingan duniawi atau bersifat peribadi. Mereka perlu berlaku adil tidak kira dengan kaum sekalipun, dengan latarbelakang politik dan agama mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun. Inilah idaman rakyat yang waras fikirannya. Jangan menggap diri sebagai Tuan kepada rakyat jika diberikan mandat dan melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya mengikut nafsu. Rakyat ialah Tuan kepada tanah suci ini dan pemimpin PR pula sebagai wakil untuk merealisasikan keadilan dan kebenaran.

written by bodohland_citizen, December 04, 2009 06:30:39



written by SeriousLy, December 04, 2009 00:58:47
written by Tohoen, December 04, 2009 00:12:05
So the PR, DAP in particular, need not copy-cat the actions and immaturity of UMNO. This behaviour has all this while been exclusive to UMNO e.g. tearing the KPI Minister's picture, burning the American flags, protecting racists actions in the cow-head incident and justifying their views of not allowing to built place of worship for non-Muslims and recently the burning of LGE's portrait. These is what UMNO is all about, brainless, immature, uncultured, corrupted.....
Why do you DAP have to follow them? So please stop this immediately and I think those involved should just own up to this and come out and admit that their behaviours were wrong and apologize. If you do that, I believe you will pour cold water over UMNO/BN and gain back the respect of the people.
By the way, I will still vote against UMNO/BN come 2013....
written by Buayanegara, December 04, 2009 00:02:55
Ta'kan Pemimpin Pakatan pun ke sekolah Be end .
Fikir lah sebelum tindak !!
written by coolandy, December 03, 2009 23:41:14
Don't ever let that happen again.
written by Susanna, December 03, 2009 23:12:46
written by Ken Liew, December 03, 2009 22:51:36
What problem have Mr. Lim's not solving?? What problem did Penang really have now is still a myth..
OK (again) If Mr. Lim not solve the problem, atleast Mr. Lim had solved many problem...
Not like the BN minister, where they are NEVER SOLVE ANY PROBLEM, beside that CREATING MANY MORE PROBLEM.
back to the point, if stepping on a picture of an UNMORAL frog, is an offence, then burning, Tearing a picture should be a BIG issue as well. WHY NO BIG ACTION against them??
Further more "if this stepping on picture had came to a fact, picture should not be printed in the newspaper." As we speak, how many of us is trowing away a newspaper with someone's picture, using newspaper with someone's picture as a nasi lemak cover Or even after Toilet business, is this a disrespect action..??






















