.

Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi


Wednesday, 18 November 2009 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.

Pendakwaraya syarie dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.

Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.

Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman dan mempersoalkan tindakan tergesa-gesa permohonan memindahkan kes tersebut oleh pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.

Dalam keputusan hari ini, Wan Mahyudin menegur sikap JAIS yang telebih dahulu menghebahkan kepada pihak media tentang permohonan itu sebelum didengari oleh beliau sendiri.

"Pihak pendakwaraya mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam mengendalikan kes ini.

"Mahkamah ini telah banak mendengar kes mengajar tanpa tauliah sebelum ini dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya memberi alasan menolak permohonan itu.

Beliau juga mahu kes ini segera dibicarakan dan dengan permohona perpindahan kes itu akan menganggu dan mengambil tempoh yang lama.

Beliau juga tidak mahu hak yang dituduh (Dr Asri) dinafikan jika dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu jika sabit kesalahan, peluang merayu yang dituduh agak terhad.

Hieraki sistem kehakiman mahkamah syariah bermula daripada mahkamah rendah, tinggi dan rayuan.

"Saya tidak mahu perpindahan kes ini akan menyebabkan ianya menjadi 'subjudice' kepada mahkamah syariah dan 'prejudice' kepada yang tertuduh

"Saya dengan ini menolak kes ini dengan lima alasan yang diberikan," katanya yang membuatkan hadirin di dalam kamar mahkamah tersebut spontan bertepuk tangan dengan reaksi gembira.

Mahkamah turut menjadi gamat, apabila mendengar hujah pendakwaraya yang disifatkan begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Ruang kamar cukup sesak apabia orang ramai berpusu-pusu memenuhi tempat duduk dan ada di antaranya terpaksa berdiri. Mereka hadir untuk memberi sokongan kepada Dr Asri dan telah tiba awal di hadapan pintu kamar mahkamah seawal jam 8.30 pagi lagi.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah dan minta dibicarakan.

Beliau dilepaskan dengan ikat jamin sejumlah RM3,000 dengan dua orang penjamin. Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Jika sabit kesalahan, beliau dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.


Comments (7)Add Comment
...
written by budakindia, November 19, 2009 10:05:02
Pengarah JAIS nie cukup kelulusan ke tak? Atau kerana pengaruh politik dia dapat jawatan Pengarah tu? Hahaha! Kalau hanya kerana ada hubungan dan pengaruh politik, JAIS nie sebenarnya adalah badan politik ker? Kalau dah badan politik, baik nasihatkan penaja serta penaung JAIS iaitu UMNO baik-baik sikit! smilies/grin.gif
...
written by Aduh, November 18, 2009 20:09:14
Tuan Hakim, Tahniah atas keberanian dan ketegasan anda demi menegakkan keadilan !!! Kami yakin anda jenis yang lebih takut Allah; tidak seperti kebanyakan hakim-hakim lain yang lebih takut kepada manusia.
...
written by ATSaari, November 18, 2009 19:34:12
Mr.Preacher Man,
I have listen and followed few other preachers before and most of them doesn't hold any tauliah, but no authorities 'kacau' them. Most of them are pious, cool and so serene in demeanour, not jumpy or controversial like you Mr preacher man...and we learn and understand a lot about Islam from them.
You know what is your problem Mr Preacher man...I don't know what is your agenda but I am convinced that you have hidden agendas. You are so political on the surface, jumpy and most of the time are so irrational and your behaviour does not reflect a true preacher. Your love to be in the NEWS make me look at you full with sceptical. Ask yourself again, is this what Allah demands out of his preacher of peace and serenity?
...
written by mwaalib, November 18, 2009 17:01:20
Alice, Which bank?
...
written by cantona7, November 18, 2009 15:34:41
Menegakkan benang yang basah tu, JAIS. Amacam? Syiok tak, kena tempelak hakim syariah yang berhemah tinggi itu? Semua bahlul2 ni tak akan mengalir air mata kesedaran selagi belum nampak kubur mereka.
...
written by Horizonline, November 18, 2009 14:20:02
Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ZulkifliNordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.


Who's side he's on?
...
written by Alice, November 18, 2009 14:03:12

RM20 to Save Malaysia Please deposit a minimum of RM 20 to show that you support RPK.
I have done it have you?

Mabel @ Marina Lee, Account Number: 4-4930154-03

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

BERITA/KOMENTAR

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

News image

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan ...

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

(Harakahdaily) - Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah ...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

(Harakahdaily) - Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan ...

Najib: Jangan biar perkauman hancurkan negara

News image

Oleh The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan dan sikap ...

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

News image

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau A...

Adun PAS ziarah kuil Hindu

News image

(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun P...


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar