Malaysia Today - Your Source of Independent News

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X
Jawapan sindiran kepada Azran Osman-Rani @ azranosmanrani

Komrad Azran yang dikasihi,

Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'.

Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.

Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal ini.

Komrad,

Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap politik sebagai betul.

Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.

Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.

Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon berkenaan.

Komrad,

Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!

Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.

Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!

Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.

Komrad,

Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.

Komrad,

Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos yang kapitalis!

Komrad,

Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?

Komrad,

Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.

n Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.

n Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.

n Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.

Komrad,

Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang Cina.

Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.

Anwar sukar terima takdir Tuhan
Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah  bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor  swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang  lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM  Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari  Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan  PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi  TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru  meninggal dunia.

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti  sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi  PM ke-4.

Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat  bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun  sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa  kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan  pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap  pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui  takdir tidak menyebelahi mereka.

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas  terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai  parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas  hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang  masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi  solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang  menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan  peningkatan  nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan  orang lain.

Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin,  ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun  mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama  negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti  dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal  1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih  sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi.

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM,  namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan  dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan  kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen  ‘reformasinya’.

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini  mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama  orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir.  Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi,  Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah  takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.”

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan  keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun  Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada  parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua  tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang  sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam  PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau  berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan  kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang  tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan  kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai  qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya  Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi  Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam  sejarah politik Malaysia.

Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya.

Kuasa Melayu takkan hilang sampai bila-bila
Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama.

Pertama, dari segi demografik menunjukkan komposisi masyarakat Melayu  adalah majoriti di Malaysia dan semakin berkembang, namun tidak bagi  masyarakat Cina yang semakin mengecil.

Keduanya, menurut Zairil hak kaum Melayu dilindungi oleh  undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak  boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

“Selain itu ada kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung bagi memastikan hak keistimewaan Melayu terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi panel  forum Wacana Sinar Harian Siri 20: Pasca PRU 13: Ke Mana Haluan Politik  Melayu di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Perlu optimis

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah  menolak dakwaan wujudnya fenomena ‘tsunami’ pengundi masyarakat Cina  semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei lalu seperti yang  digambarkan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau menegaskan BN perlu optimis dan menerima perubahan  tersebut, bukannya bersikap tuding jari serta cuba meniupkan api  perkauman.

“BN perlu minta maaf atas kesilapan masa lalu dan (berjanji) tidak akan ulangi kesilapan.

“Kemudian baru boleh mulakan kehadapan dengan cara urus tadbir baru, dan perlakuan itu harus bentuknya baru,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, untuk kekal  relevan Umno mesti terus melakukan transformasi bagi menjamin  kelangsungan bangsa Melayu.

“Kalau tidak semasa PRU nanti Umno akan kalah lagi teruk,” katanya.

READ MORE HERE

Desak ambil tindakan Azmin kritik presiden
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Pulau Pinang,  Mohd Faizal Ab Rahman, berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR merangkap  Pengerusi PKR Selangor itu memburukkan nama baik parti selain  menimbulkan polemik negatif dari sudut hubungan dalaman parti.

Amal nepotisme

“Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, minggu lalu  mengkritik Wan Azizah yang juga Presiden PKR kononnya mengamalkan  nepotisme dalam parti. Azmin seharusnya lebih peka dalam perihal menjaga  nama baik parti,” katanya ketika dihubungi  di sini, semalam.

Minggu lalu, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, mempertikaikan tindakan Wan  Azizah yang didakwanya langsung tidak mendapatkan pandangan pemimpin  PKR negeri sebelum menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.

Mohd Faizal berkata, beliau sudah menulis surat rasmi kepada  Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, memohon  supaya tindakan disiplin diambil ke atas Azmin.

Sementara itu, Kee Kwong ketika dihubungi BH di sini semalam,  berkata beliau belum menerima sebarang surat atau aduan daripada ahli  parti berhubung perkara berkenaan.

Hal dalaman parti

Manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula  bertegas, tiada keperluan untuk pimpinan tertinggi pakatan pembangkang  membincangkan isu berkenaan.

“Apa yang dibangkitkan Azmin adalah hal dalaman parti dan tidak  membabitkan sebarang keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden  pakatan pembangkang.

“Kita menganggap hal ini sudah selesai apabila Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya.

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR
Maklumat  tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa  dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut.

Perkara  itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily.

Portal  itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima  Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR  di Besut.

Bukti tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa  pada hari mengundi 5 mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah  dikurung untuk memangkah kertas undi.

Salinan laporan polis  tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan  Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi.

“Kita  ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di  sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,”  katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri  Idris Jusoh menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti  8,342 undi.

Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi.

Pengacau Utusan Malaysia akan 'dilanggar' - Pekida
Pengerusinya, Datuk Roslan Dahaman (gambar) berkata, beliau  melihat usaha sesetengah pihak termasuk DAP yang mahu mengadakan  demonstrasi pada minggu hadapan di depan pejabat itu akan membangkitkan  kemarahan orang Melayu.

"Rancangan sesetengah pihak termasuk kalangan Melayu dalam DAP  dianggap sebagai 'pengkhianat' dan Pekida Wilayah Persekutuan  'mempelawa' mereka untuk meneruskan niat itu.

"Kita akan hadir bersama pada hari berkenaan dan mahu bersemuka  dengan pihak berkenaan bagi mengetahui apa hasrat sebenar mereka untuk  mengadakan demonstrasi itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas rancangan sesetengah pihak termasuk  orang Melayu yang diperalatkan DAP mahu mengadakan perhimpunan bagi  membantah laporan Utusan Malaysia sempena kempen dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mereka mahu menuntut permit Utusan Malaysia digantung kerana dikatakan terlampau rasis.

Tambah Roslan, Utusan hanya menyuarakan persoalan dan pandangan terhadap perkembangan semasa yang berlaku baru-baru ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada orang Melayu dipergunakan DAP untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Utusan Malaysia.

"Kita melihat akhbar Utusan Malaysia adalah sebuah institusi  orang Melayu yang merupakan wadah bagi menyuarakan pandangan mereka demi  menjaga Perlembagaan negara yang memberi manfaat kepada semua kaum,"  katanya.

Roslan berkata, ada lagi saluran lain boleh menyuarakan bantahan  mereka jika tidak berpuas hati seperti di mahkamah, bukannya melalui  demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan kekacauan lagi.

Beliau turut hairan kenapa hanya Utusan Malaysia menjadi  sasaran sedangkan ada media lain yang sebenarnya bersikap amat rasis  dalam laporan mereka dan berbahaya kepada keharmonian kaum di negara  ini.

Mengulas tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang  berterusan mengadakan perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU-13,  beliau berkata, Pekida juga meminta beliau menghentikannya.

"Terima hakikat bahawa rakyat menolaknya dan sekiranya tidak berpuas  hati bawa petisyen ke mahkamah. Jangan cuba menimbulkan masalah dan  memperalatkan rakyat demi kepentingan sendiri untuk menjadi Perdana  Menteri," tegasnya.

Azizan lega PAS kalah di Kedah?
“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau  kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,”
kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi,  situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti  berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar  tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang  berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan  Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya  ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat  apa-apa,” tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh  Azizan.

Sebaik berakhir PRU13, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan  Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan  selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan  jangkitan merebak ke seluruh badan.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada PRU13.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi kerusi Parlimen, BN memperoleh  10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas  kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang  diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada  calon BN Datuk Othman Abdul.