.

ARCHIVES ARCHIVES 2011 Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno

Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno


Saturday, 31 December 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.

Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.

Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.

Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.

“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.

Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.

“Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’.

“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya.

 


Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

ARCHIVES 2011

DPM rubbishes Bangladeshi votes-for-citizenship claim

By Yow Hong Chieh, The Malaysia Insider KUALA LUMPUR, Sept 18 — Tan Sri Muhyiddin Yassin has denied claims that the Barisan Nasional (BN) government has given Bangladeshi workers ...

Something is rotten about migrant workers’ entry rules

By John Inbaraj, Aliran Something is seriously wrong with the entire undocumented immigrants issue. There seems to be a complete lack of will on the part of the ...

Stop infighting or risk losing, BN leaders told

By V. Shankar Ganesh, Minderjeet Kaur and G. Surach, NST SHAH ALAM: Barisan Nasional leaders in Selangor have been urged to sign a pledge that they will not be involved ...

Khalid has constitutional right to choose state secretary, says ex-jurist

(The Malaysian Insider) - The ongoing row over Datuk Mohd Khusrin Munawi’s appointment as Selangor’s No. 1 civil servant deepened as another retired judge waded into the fray ...

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri....

Hundreds stage protest against developer

By The Star KUALA LUMPUR: Hundreds of people, including residents, non-governmental groups and politicians, staged a protest at the Bandar Tasik Selatan LRT in Cheras against the Bandar ...

The Religious Pluralism Debate: A Critique.

By Dr.Dzul As the curtain draws to a close for the last year of the first decade in the third millennium, I wanted to just sit back and peruse the ...

PM to meet BN MPs over snap polls

By Asrul Hadi Abdullah Sani, The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Jan 1 — Datuk Seri Najib Razak is scheduled to meet with all Barisan Nasional (BN) lawmakers next Saturday ...

No more free plastic bags in Penang

By Debra Chong, The Malaysian InsiderShoppers in Penang will be charged 20 sen for each plastic bag everyday from today, as the state government steps up its green campaign....

Power to build nation is with the people, says Najib

By The Star KUALA LUMPUR: Malaysians must fulfil their responsibility in building a better future for the coming generations and place the country in its rightful position, said ...

You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2011 Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno

Latest Posts - Archives 2011

Popular Posts - Archives 2011