.

ARCHIVES ARCHIVES 2011 Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat

Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat


Saturday, 31 December 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

ASPAN ALIAS

Saya telah dihubungi oleh ramai kawan-kawan dalam UMNO yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu bertanyakan yang saya akan menyertai DAP seperti yang dihebuh kan oleh akhbar milik UMNO semalam. Saya sendiri tidak membaca akhbar itu tetapi rakan-rakan UMNO inilah yang memberi tahu saya. Saya pun belum membuat apa-apa keputusan walaupun sudah hampir untuk membuat keputusan muktamad.

Kecuali seorang yang lainnya memberikan galakan untuk saya menyertai parti yang sinonim dengan transparency, rule of law, multiracial, ketelusan dan tidak ada isu rasuah besar serta tidak terlibat dengan menggunakan duit rakyat hampir rm 2 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal dalam perniagaan.

Ada yang berkata, “bro, saya mencemburui saudara kerana saudara bertegas dan berani berfikir di luar kotak. Saya belum lagi mampu untuk berbuat seperti you sebab maklumlah, saya masih berkhidmat dengan kerajaan. Tapi bro, ramai yang menyokong jika lebih ramai orang Melayu menyertai DAP sebab DAP telah berjaya membuktikan kemampuan untuk mengambil berat terhadap semua kaum macam dia tunjuk di P Pinang”

Seorang lagi pula berkata, “Kalau saudara menyertai DAP maka saudara dapatlah menghindarkan diri dari menjadi ahli parti yang terlibat dengan NFC, Air Asia dengan MAS, parti yang membawa imej Islam tetapi menggunakan wang zakat dan banyak lagi isu-isu yang tidak semenggah lain”

Seorang ahli yang betul-betul sedang bergiat memberi tahu, “Eloklah tu bang, Letih saya bang. Di kalangan kita sendiri bergaduh. Setengah membantai saya kerana kata mereka saya penyokong Khairy dan marah-marah kerana tak menyokong Mukhriz. Mereka mengatakan Khairy mesti di habiskan politiknya kerana kalau Khairy diberikan tempat, matilah politik Mukhriz. Bila saya dengar abang nak masuk DAP saya pun terasa kebenaran dengan apa yang abang beritahu saya berbulan yang lalu yang ahli-ahli UMNO menembak kaki mereka sendiri”

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh mereka ini melambangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam UMNO hari ini. UMNO begitu besar keahliannya, dan saiz keahlian benar-benar membunuh UMNO itu kerana ia membawa padah yang buruk terhadap parti itu.

Begitu besar jumlah keahlian UMNO tidak mampu memberikan hujjah dan penerangan yang baik kepada ahli-ahli mereka di cawangan-cawangannya. Akhirnya jutaan ahli-ahlinya telah menyeberang kepada parti lain di peti undi semasa pilihanraya umum yang lalu dan PRU yang akan datang ini.

Saya menyebut tentang keahlian ini kerana saya memang dari dulu menyatakan bahayanya parti yang mempunyai ahli yang besar. Dengan keahlian yang besar ia akan memberatkan parti diperingkat pentadbirannya dan akan berlaku pertembungan diperinkat cawangan yang banyak itu. Saya berpendapat yang dalam politik ini, ia merupakan ‘game of perception’ dan ia merupakan peperangan mental, bukannya peperangan bersenjata dua belah pihak.

Banyak parti-parti yang berjaya tidak mempunyai keahlian besar. Parti-parti ini menumpukan tenaga untuk membina dasar yang baik yang di hormati oleh rakyat yang mengundi. Parti-parti Republican, Democrat di AS dan parti-parti Buruh dan Conservative di England tidak mempunyai keahlian yang besar. Parti0parti ini telah memerintah dan mentadbir negara bergilir-gilir mengikut keadaan sewaktu pilihanraya. Parti-parti ini menawarkan dasar kepada rakyat dengan jelas. Kalau rakyat tidak bersetuju parti-parti ini bersedia untuk duduk dipihak pembangkang di dewan-dewan legislative.

Di negara kita DAP tidak mempunyai keahlian yang besar. Begitu juga PAS.Sebaliknya UMNO mempunyai keahlian seramai lebih dari 3 juta tetapi hasilnya tidak seberapa. Hasil yang besar yang UMNO perolehi hanyalah perpecahan dan perbalajan di antara ahli-ahli yang berebut jawatan.

READ MORE HERE

 


Comments (4)Add Comment
...
written by flyer168, December 31, 2011 20:13:26
Aspan,
Power of the People vs People in Power
The reverberations of the aam aadmi's awakening are being felt all over the world — from the right bank of the Nile to the left cheek of Sharad Pawar
...
written by Sribayu, December 31, 2011 09:34:45
Mau kenal ciri2 org UMNO…selain dari bertubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat..??

- Kalau bersembang tentang projek …… tak ada yg ribu2, semua juta2…
- Selalu mengaku kenal banyak VVIP… mengaku pernah makan bersama
- Kalau lebih dari 3 orang selalu bercerita pasal betina…..
- Kalau Ke Medan & Bandung pasti carik ayam muda yg bulat…
- Kalau ke majlis selalunya pakai batik long sleeves & bersongkok tinggi…
- Jejari penuh dengan cincin batu mata besar (cincin aladdin) kadang2 hingga 3-4…
- Kalau tak berduit biasa lepak kedai kopi hingga ke ptg. Hanya order the tarik & last sekali air suam…
- Perut buncit banyak angin dan tiada mempunyai pekerjaan yg tetap…
- Kalau berhutang amat susah nak bayar….
- Kereta idaman mereka Toyota Alphard

Hehehehe…

...
written by tom73my, December 31, 2011 09:20:52
Tahniah saya ucapkan kepada saudara Aspan kerana berniat untuk berjuang bersama-sama DAP demi kebaikan rakyat Malaysia. Bukan saya hendak mengagung-agungkan DAP, tetapi track record telah menunjukkan parti ini memang berethika tinggi, ikhlas dan kuat berusaha berjuang untuk semua rakyat. Perhatikanlah pemimpin-pemimpin kanannya seperti Saudara LKS. Beliau cukup konsisten dalam pertuturan and tingkahlakunya mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia. Biarpun berketurunan Cina, tidak keterlaluan saya kata beliau patriot nombor satu negara. Sekurang-kurangnya beliau tidak korup. Bertuah saudara dapat bekerja bersama-sama pemimpin-pemimpin ini. Semoga saudara berjaya!
...
written by vhari, December 31, 2011 08:53:37
I tidak faham mengapa pemuda umno atau pemuda BN ketuk keras-keras scandal-scandal seperti NFC.,"kickback masuk akuan.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2011

DPM rubbishes Bangladeshi votes-for-citizenship claim

By Yow Hong Chieh, The Malaysia Insider KUALA LUMPUR, Sept 18 — Tan Sri Muhyiddin Yassin has denied claims that the Barisan Nasional (BN) government has given Bangladeshi workers ...

Something is rotten about migrant workers’ entry rules

By John Inbaraj, Aliran Something is seriously wrong with the entire undocumented immigrants issue. There seems to be a complete lack of will on the part of the ...

Stop infighting or risk losing, BN leaders told

By V. Shankar Ganesh, Minderjeet Kaur and G. Surach, NST SHAH ALAM: Barisan Nasional leaders in Selangor have been urged to sign a pledge that they will not be involved ...

Khalid has constitutional right to choose state secretary, says ex-jurist

(The Malaysian Insider) - The ongoing row over Datuk Mohd Khusrin Munawi’s appointment as Selangor’s No. 1 civil servant deepened as another retired judge waded into the fray ...

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri....

Hundreds stage protest against developer

By The Star KUALA LUMPUR: Hundreds of people, including residents, non-governmental groups and politicians, staged a protest at the Bandar Tasik Selatan LRT in Cheras against the Bandar ...

The Religious Pluralism Debate: A Critique.

By Dr.Dzul As the curtain draws to a close for the last year of the first decade in the third millennium, I wanted to just sit back and peruse the ...

PM to meet BN MPs over snap polls

By Asrul Hadi Abdullah Sani, The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Jan 1 — Datuk Seri Najib Razak is scheduled to meet with all Barisan Nasional (BN) lawmakers next Saturday ...

No more free plastic bags in Penang

By Debra Chong, The Malaysian InsiderShoppers in Penang will be charged 20 sen for each plastic bag everyday from today, as the state government steps up its green campaign....

Power to build nation is with the people, says Najib

By The Star KUALA LUMPUR: Malaysians must fulfil their responsibility in building a better future for the coming generations and place the country in its rightful position, said ...

You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2011 Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat

Latest Posts - Archives 2011

Popular Posts - Archives 2011