.

ARCHIVES ARCHIVES 2011 Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)


Thursday, 27 October 2011 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

ASPAN ALIAS

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

READ MORE HERE

 


Comments (12)Add Comment
...
written by rakyat, October 28, 2011 13:35:01
Jalan ke Putrajaya makin jelas. Insya Allah, PRU13 1Malaysia tanpa UMNO.
...
written by Pegasus, October 28, 2011 10:36:23
Ameno telah lama buat perkara yang tidak sanjungi oleh semua kaum tak sekira samada tua ataupun muda, atau bilang bangsa, semuanya sudah bosan dengan sikap kerajaan ameno bn yang sering timbulkan banyak masalah seperti boros belanja, sikap tidak apa, kecuaian dalam segi kewangan, cerita seks, rampas kuasa id negeri Perak dan macam lagi. Sekarang sudah tiba masa untuk untuk tukar tangan ..
...
written by Ombak Bermula, October 28, 2011 08:01:20
Merekalah yang dikata sendiri perihatin rakyat, tetapi belanjar dengan wang rakyat/rasuah diluar negara dan megalu-alu rakyat beli barangan buatan 1Malaysia. Zaman ini rakyat sudah berubah dan tunggu GE13, Ombak luar negara sudah bersedia balik dan Ombak dalam negara pun sudah bersedia utk PR dan tengelam UMNO/BN dimata rakyat Malaysia.
...
written by AlwaysFair, October 28, 2011 00:28:48
How true!! They throw some crumbs here and there for the rakyat and think they can buy them with so little when they are spending lavishly in the millions which can be used instead to help so many poor people.

Perkosa pretend to champion the Malays or Islam but they never address the real important issues of corruption which impoverish the people.

You can fool some Malays some of the times but not all Malays all of the time... and 50 years is a long enough time!! Vote ABU!!!! Better still vote Pakatan!!!
...
written by Otai, October 27, 2011 21:05:43
Ya Rosmah Mansor memang keturunan Sengkek. Bapak dia Mansor tu anak Pariah. Sebab tu dia takut orang kenal datuk dia dan saudara mara sebelah bapak dia.
...
written by Ambo Hak Tak Ada Title, October 27, 2011 19:39:00
Saja nak bagi tau. Member ambo yg buat kenduri kawin pun mencatat jumlah tetamunya melebihi 6,000. Ni kira member yg tak ada apa-apa title. 5,000 tetamu utk national program? ish...ish...ish
...
written by Labu labi, October 27, 2011 19:18:50
Yes ABU.
But too late because malaysia nearly jadi abu. Nothing left except huge debt for the next poor generation.
Previous voters of bn to be blame.
...
written by Babu, October 27, 2011 18:06:33
Itulah Islam jenis umno. Lebih baik namakan islumno. Inilah agama baru PERKOSA Ali dan OWC. Islumno-dimana Wang ringgit boleh beli jalan keluar Dari neraka. Rasuah adalah jalan ke syurga. Mass orgy dengan isteri isteri demi naluri adalah kepuasan di muka bumi.
...
written by bumiputar, October 27, 2011 17:52:45
ABU = Anything But Umeno
UBA = UBA (h) !!!!!!
...
written by just another bolehlander, October 27, 2011 17:41:25
maknanya, Ibrahim s/o Ali tidak berpengaruh atas si Melayu. hanya berjenaka dan syiok diri saja. biarkan dia me-layu secara senyap-senyap.
...
written by Osama, October 27, 2011 16:26:03
Pencuri duit negara adalah sampah masyarakat
...
written by Poyolahkau, October 27, 2011 16:16:12
Slogan baru Rakyat nombor 2:

VOTE BN = VOTE ROSMAH MANSUR

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2011

DPM rubbishes Bangladeshi votes-for-citizenship claim

By Yow Hong Chieh, The Malaysia Insider KUALA LUMPUR, Sept 18 — Tan Sri Muhyiddin Yassin has denied claims that the Barisan Nasional (BN) government has given Bangladeshi workers ...

Something is rotten about migrant workers’ entry rules

By John Inbaraj, Aliran Something is seriously wrong with the entire undocumented immigrants issue. There seems to be a complete lack of will on the part of the ...

Stop infighting or risk losing, BN leaders told

By V. Shankar Ganesh, Minderjeet Kaur and G. Surach, NST SHAH ALAM: Barisan Nasional leaders in Selangor have been urged to sign a pledge that they will not be involved ...

Khalid has constitutional right to choose state secretary, says ex-jurist

(The Malaysian Insider) - The ongoing row over Datuk Mohd Khusrin Munawi’s appointment as Selangor’s No. 1 civil servant deepened as another retired judge waded into the fray ...

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri....

Hundreds stage protest against developer

By The Star KUALA LUMPUR: Hundreds of people, including residents, non-governmental groups and politicians, staged a protest at the Bandar Tasik Selatan LRT in Cheras against the Bandar ...

The Religious Pluralism Debate: A Critique.

By Dr.Dzul As the curtain draws to a close for the last year of the first decade in the third millennium, I wanted to just sit back and peruse the ...

PM to meet BN MPs over snap polls

By Asrul Hadi Abdullah Sani, The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Jan 1 — Datuk Seri Najib Razak is scheduled to meet with all Barisan Nasional (BN) lawmakers next Saturday ...

No more free plastic bags in Penang

By Debra Chong, The Malaysian InsiderShoppers in Penang will be charged 20 sen for each plastic bag everyday from today, as the state government steps up its green campaign....

Power to build nation is with the people, says Najib

By The Star KUALA LUMPUR: Malaysians must fulfil their responsibility in building a better future for the coming generations and place the country in its rightful position, said ...

You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2011 Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Latest Posts - Archives 2011

Popular Posts - Archives 2011