.

ARCHIVES ARCHIVES 2010 Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz


Monday, 30 August 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.

 


Comments (8)Add Comment
...
written by smalluncle, August 30, 2010 23:46:45
today, over the radio. some Islam organisation said reminders to all surau & mosque to observe NO ENTRY for non Muslim.

Please put up bill board at the big mosque in Putrajaya as I have also went inside will many mak sallih taking photos.

This is so that our tourists will not end up ISA for visiting them.

...
written by cheekhiaw, August 30, 2010 23:12:04
"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan

----

Tapi Nabi Muhammad bukan tuan masjid, UMNO aje tuan....
...
written by mikemui, August 30, 2010 19:07:49
My salute and full support to Nie Ching!
Keep moving on to work for the rakyat!
...
written by Better My, August 30, 2010 18:27:54
Good one. reddie.

I wonder how the last Saturday Anti-ISA protest at Trafalgar Square went? Thrash ISA.
...
written by red1, August 30, 2010 17:14:00
Amoi, next time be considerate to Perkasa.. no need to give speech. In fact ask Perkasa to hand over the money... they got nothing else to do.
...
written by JayJayPo, August 30, 2010 17:11:17
Tok Guru,
Hari demi hari, perasaan hormat dan sanjung saya terhadap Tok melipat ganda. Sebagai seorang bukan Islam,saya dapat lihat dengan jelas apa ertinya Islam yang sebenar melalui perwatakan,tunjuk ajar dan tingkah laku Tok. Semoga Tok di berkati Tuhan yang Maha Esa sentiasa.
...
written by arazak, August 30, 2010 16:59:29
Memang otak UMNO sempit. . ., "pea-brained" (otak sekecil kacang pea)!
...
written by asiana888, August 30, 2010 16:12:45
Inilah akibat parti (dUmno)yg tiada 'modal' lagi?!
Mereka (dUMNO) sanggup menjual ibu dan anak perempuan sendiri demi dapat undi .... apakah lagi ugama mereka!????
Mereka ini bukan mengamal ugama Islam ..... tapi duit & rasuah adalah ugama mereka ini!????
Thank you, Tok Nik for showing the way!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2010

Where is PKR's new brand of politics?

By Sajahan Waheed and Aidi Amin, NSTWHEN Parti Keadilan Rakyat opened up its direct election process to ordinary members, little did it realise that this would expose frailties ...

Khir Toyo says in mourning over Allah ruling

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian InsiderSelangor opposition leader Dauk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has said that he is now in mourning as a Muslim following the decision by ...

Judiciary website hacked over ‘Allah’ issue

News image

(The Star) - The Malaysian Judiciary’s website was discovered hacked and defaced on Thursday night and its homepage substituted with a threat to not pursue the issue of the Catholic weekly the Herald’s use of ...

My New Year Message to Malaysians

News image

 NO HOLDS BARREDRaja Petra ...

British law rules in getting RPK back

(NST) - Efforts to secure the return of fugitive blogger Raja Petra Kamarudin from the United Kingdom may not be a straightforward ...

MACC lodges report against Pornthip

News image

 (Free Malaysia Today) - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has filed a police report against Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) over her statement about the possibility that Teoh Beng Hock ...

How I ushered in the new year

News image

 While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I ...

Timeline 2009 (part 1)

News image

2009 was certainly a most eventful year. Let us recap on what happened in 2009 to get a better idea of what to expect this year. 2010 may ye...

2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing

“2010 will be a crucial year for Pakatan. Overall, optimism is high that we can advance further against the BN especially if all three DAP, PKR and PAS remember to ...

Missing F5E Engines!

This thing about missing items in the RMAF, and the Armed Forces as a whole, is an ongoing thing and there seems to be a lack of effort by the ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2010 Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

Latest Posts - Archives 2010

Popular Posts - Archives 2010