
(Bernama) - Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anak kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, berkata, Nurul Izzah telah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi (DEB) serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.
Katanya kenyataan Nurul Izzah, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk, adalah satu berniat jahat, manakala kenyataan beliau keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar untuk melancarkan serangan terhadap negara ini.

written by mikemui, August 23, 2010 23:41:53
written by Concerned_Citizen, August 23, 2010 20:34:54
Katanya kenyataan Nurul Izzah, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk, adalah satu berniat jahat,
Hoi, bongok! Tak bace berita bisnes ke. Filipina tu pun melebihi kita. Pelaburan asing memang merosot terus, pie ler chek statistik to..
manakala kenyataan beliau keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar untuk melancarkan serangan terhadap negara ini.
Orang nie betul betul naif tak tau ataupun buat tak tau. Kapal selam yang tak boleh selam tu bukan lagi satu rahsia. Satu dunia dah tau!
Nak tunjuk hebat tu, jangan ler buat benda yang bodoh macam nie. Nak kenakan orang, biar buat betul-betul sebab nanti tuan tak nampak.
written by Pegasus, August 23, 2010 20:32:37
written by cheekhiaw, August 23, 2010 20:25:13
written by Littlebird, August 23, 2010 20:21:50


























Keep it up Nurul, we support you cos you speak the truth