.

ARCHIVES ARCHIVES 2010 Bagini Kesahnya

Bagini Kesahnya


Monday, 23 August 2010 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 
Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita-cerita yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng jadi Agung. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa injin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah – macam-macam lagi.
 
DARI JELEBU
 
Hishamuddin Rais

Kesah ini bermula apabila aku menerima sepucuk taligeram. Aku tidak tahu siapa yang memukul taligeram ini. Tidak ada nama penghantar dan tidak ada alamat di taligeram ini. Tidak ada angka talipon untuk aku membalas kembali. Aku tidak tahu siapa yang menghantar taligeram ini. Kenapa tali ini geram kepada aku –  tidak pula aku tahu.

Isi kandongan taligram ini ialah: PERGI KE TELOK KEMANG STOP PADA MALAM 14 BULAN MENGAMBANG STOP PANDANG KE LAUT STOP DATNG SEORANG DIRISTOP.

Ini cukup pelik. Aku risau sebenarnya. Ini mungkin taligeram tersalah alamat. Ini mungkin taligeram untuk penyuludup pendatang haram dari Sumatera. Atau penyuludup ganja dari Acheh. Aku belek-belek taligeram ini. Jelas nama dan alamat aku. Tidak ada yang salah. Malah macam mana alamat aku ini diketahui pun aku tidak faham. Ini kerana amat jarang aku memberikan alamat aku kepada sesiapa pun.

Fikir punya fikir aku pun pergi lah ke Telok Kemang. Aku datang sehari sebelum bulan penuh mengambang. Ini kerana aku nak mensesuaikan diri aku dengan suasana laut. Maklumatlah aku orang kota. Untuk aku laut ini tempat taik dan kencing orang kota terkumpul terutama di Selat Melaka.

Aku amat-amat berharap di malam bulan mengambang yang dijanjikan ini hujan tidak akan turun kerana jika hujan atau mendung maka tidak akan kelihatan cahaya bulan. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa ketika aku memandang ke laut. Memikirkan perkara ini aku jadi gelabah.

Untuk memastikan yang hujan dan mendung tidak datang aku telah pergi membayar nazar di Tanjung Tuan. Seekor ayam jantan hitam telah aku lepaskan ke dalam hutan belukar Tanjung Tuan yang dikatakan penuh dengan orang bunyian. Tapi orang bunyian di hutan Tanjung Tuan ini tidak sama dengan orang bunyian di Hard Rock Café atau orang bunyian Pancha Sitara. Jangan silap faham – mereka amat jauh bezanya.

Tidak cukup dengan merasuah orang bunyian ini aku telah menaburkan tujuh jenis bunga ke kawasan Bukit Telok Kemang. Kawasan ini  satu masa dahulu adalah tempat melihat anak bulan. Mengikut surah orang Negeri Sembilan kawasan ini ‘keras’ kerana sejak zaman berzaman, setelah Islam masuk ke Tanah Melayu kawasan inilah yang menjadi tumpuan untuk menentukan bila hari puasa bermula dan bila kita berhari raya.

Cilaka – bila internet sampai – kita tidak perlu lagi melihat anak bulan. Kawasan ini menjadi belukar. Malah tarikh puasa, raya dan Hari Raya Haji semuanya telah diketahui sepuluh tahun lebih awal.

Keesokan harinya: Jam tujuh petang lagi aku telah berada di tepi laut. Aku duduk seorang diri disebuah bangku. Mata aku memandang ke laut dan ke langit. Memandang ke langit untuk melihat bulan mengambang. Memandang ke laut untuk melihat apa yang akan mucul. Sekali-sekali terfikir juga oleh kepala aku bagaimana kalau-kalau naga kepala tujuh akan muncul dari tengah laut. Seram juga bulu kaki.

Jam lapan malam gelap pun sampai. Bila gelap sampai maka bulan pun tanpa segan dan malu keluar menyinar. Mata aku terus memandang ke atas laut. Aku tidak tahu apa yang akan aku lihat. Dari jam sembilan hingga jam sepuluh aku keseorangan di tepi pantai Telok Kemang. Anjing sesat dan kucing lapar pun telah  lama meninggalkan pantai. Semua sepi kecuali ombak memukul pantai. Nasib baik udara agak panas kalau tidak aku mengigil kesejukan.

Semakin lewat malam semakin terang air laut kelihatan. Tetiba tepat jam dua belas aku nampak ada satu cahaya bersinar dan berkelip-kelip datang dari laut. Aku ingatkan ini cahaya alat pemancar kapal selam yang baru dibeli. Kemudian aku teringat kapal selam Malaysia ini belum boleh menyelam. Jadi ini pasti bukan kapal selam Altantuya.

Cahaya yang berkelip dan kelihatan tenggelam timbul ini makin lama makin merapati pantai. Aku terfikir apakah ini ‘bendanya’ yang wajib aku tunggu. Aku memberanikan hati lalu pergi ke gigi pantai. Di gigi pantai aku menunggu dengan debaran. Cahaya berkelip kelip tenggelam timbul ini akhir sampai ke tepi pantai.

Nah! Rupa rupanya sebijil botol yang terapung-apung. Aku tersenyum lalu mengambil botol ini. Bila aku amati di dalam botol ini ada sepucuk surat. Wow! Baru aku sedar rupa-rupanya ini botol bersurat. Dengan tidak sabar-sabar aku membuka botol itu dan mengambil surat didalamnya.

Kepada Para pembaca yang budiman:

Aku minta maaf mungkin para pembaca tidak percaya apa yang telah aku tulis ini. Malah aku sendiri pun merasa kekok untuk menulis kesah ini kerana pasti ramai pembaca kurang yakin tentang apa yang telah aku tulis. Lebih memeranjatkan lagi ialah isi kandungan surat dalam botol ini dan siapa penulisnya.

Walau apa pun biar aku berterus terang kerana surat dalam botol ini telah meminta aku menerangkan seterang mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mungkin ianya berbau macam tidak masuk akal.

Wahai pembaca yang budiman jangan terperanjat dan jangan menjadi sinis – surat dalam botol ini ialah surat saheh dari Teoh Beng Hock.

Kenapa aku dipilih untuk melakukan semua ini tidak pula aku ketahui. Dari surat ini, Teoh Beng Hock ini telah meminta aku membuat beberapa perkara. Hari ini aku hanya menjalankan tugas. Salah satu dari tugas aku ialah membukakan cerita ini kepada umum pada hari baik bulan baik ini – ya ini bulan Ramadan. Ini permintaan Teoh sendiri.

Sebenarnya surat dalam botol ini telah aku temui satu minggu setelah Teoh meninggal dunia. Tetapi surat ini meminta aku menyimpan isi kandungan surat ini dari diketahui umum sehingga muncul dan ditemui satu ‘surat’ yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat-surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis China Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. China Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. China Hailam ini memang bijak – malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak resmi surat palsu Lennon ini telah dibeli oleh Rais Yatim untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa China Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Taik Jho Low.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat di dalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi – China Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tandatangani oleh Nabi Sulaiman di mana tanah tapak Penjara Pusu itu adalah milik Vincent Tan.

Di dalam suratnya Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh ialah kerana: pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng China Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rahsia dimana China Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Pembaca yang budiman:

Aku berharap para pembaca sekelian akan percaya dengan surah aku ini. Sekali lagi aku katakan: Aku hanya menjalankan tugas. Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita-cerita yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng jadi Agung. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa injin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah – macam-macam lagi.

Pembaca semua pasti pernah membaca bagaimana Teoh dikatakan telah mencekek dirinya sendiri. Para pembaca yang budiman pasti telah tahu tentang ‘surat pengakuan Teoh membunuh diri‘ yang baru ditemui. Semuanya tidak masuk akal tetapi inilah hakikatnya pada hari ini.

Aku minta maaf terpaksa berhenti di sini. Aku hendak menghidup api di tunku untuk menenak beras untuk bersahur. Jika aku ada masa nanti  aku akan membukakan lagi apa isi kandungan surat dalam botol dari Teoh Beng Hock. Ini janji aku. Aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.

Di hari baik bulan baik ini aku menghulurkan tangan – kalau sesiapa yang memiliki duit berlebihan silalah bersedekah. Tak perlu hantar taligeram kepada aku. Hantar duit sedekah itu melalui pos.

Comments (17)Add Comment
...
written by Avex09, August 25, 2010 14:07:31
Correction "Not" - Nothing. Sekian.
...
written by Avex09, August 25, 2010 14:06:42
Far fetched stories. Not surprise there. Everyone can fabricate such stories but to believe it is all depends on the individuals themselves. Not is impossible in this world.smilies/grin.gif
...
written by Juzan, August 24, 2010 07:51:51
Namun soal betul atau salah, hanya Tuhan ja yang tahu. Didunia ni macam2 boleh berlaku, namun saya yakin kebenaran pasti terdedah suatu masa nanti smilies/smiley.gif
...
written by Juzan, August 24, 2010 07:50:46
hahhaa.. best pula cara penyampaiannya.. dramatik smilies/smiley.gif
...
written by sioponthan, August 24, 2010 01:39:03
Today, nothing is impossible..
...
written by LimD, August 24, 2010 00:45:20
This definitely is a first class writing. smilies/grin.gif hehe
...
written by Andykhai, August 24, 2010 00:39:12
saya rasa jalan cerita kisah ini amat menarik..tapi, nak percaya atau tak, terpulanglah pada masing-masing k.
...
written by Surand85, August 24, 2010 00:37:17
susah mahu percaya cerita ini. berputar belit ceritanya ini. smilies/smiley.gif
...
written by Gabby, August 23, 2010 23:18:05
Lolx! Rais is definitely 1 of my favourite blogger!
...
written by bulletpain, August 23, 2010 22:58:27
menarik kisah ni.. tp penulisan tu kena perbaiki sikit.. apapun terpulanglah sama pembaca nak percaya ataupun tidak. hihi..
...
written by popuri, August 23, 2010 22:46:58
It does sounds far fetched. But as you say, there are many far fetched stories these days. They expect us to believe them, so I chose to believe yours. smilies/grin.gif
...
written by Goostee, August 23, 2010 20:39:15
Sdr Hisham,

You ni nak usik TG Nik Aziz ke, atau nak usik Zeti ? Kalau Zeti, Zeti dah kawin, le ! ! ! Dia lebih arif buat duit ni, bukan dengan daun getah... je. Pok Nik dah ketinggalan zaman, masih nak percaya emas dan perak. Tak percaya ? Laki dia dah ajar....: dia boleh buat duit atas angin aje ?????
...
written by albert zacharias, August 23, 2010 18:58:42
Brader.... cermin mata hitam kao dah lama tak lap... Itu botol U dapat dari laut itu dari masa silam lah. Surat dalam botol itu dari Hang Li Poh kepada Hang Tu Ah .... Tolong lah baca dengan baik. Dua musim yang lalu saya terjumpa botol dan kandonganya dari Hang Je Bat ke Hang Li Poh....

Konon nya ada cita berkayu tiga lah...Hehe hehe....
...
written by budak kampong, August 23, 2010 16:35:37
I nak send you duit, but coins POS tak accept. so I put them in a big botol and throw into the sea. Brother, you can go Telok Kemang pick up, anytime.
...
written by cheekhiaw, August 23, 2010 13:08:49
Pemerintah boleh buat duit tanpa apa pun...tak payah daun getah sama sekali, hanya tukar nombor dalam komputer mereka. Itu cara pemerintah curi harta rakyat dan cara mamak dapat begitu banyak wang bina Twin Tower, Putrajaya, dll. Itu sebab semua harga naik. Itu sebab inflasi.

Masukkan itu dalam akal...
...
written by sleeper, August 23, 2010 12:34:18
Brader!! Gua respect habis sama hang... hahahaha.. first class writting!
...
written by GobloGadhero, August 23, 2010 12:12:01
Hey sir, long time no see? Trust all's well for you?

I really enjoy your articles, and the lovely language you apply brings out the beauty of Bahasa Melayu.

I still read your piece, 'Kugan, maka kamu pun dimatikanlah' It's so heartfelt.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2010

Where is PKR's new brand of politics?

By Sajahan Waheed and Aidi Amin, NSTWHEN Parti Keadilan Rakyat opened up its direct election process to ordinary members, little did it realise that this would expose frailties ...

Khir Toyo says in mourning over Allah ruling

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian InsiderSelangor opposition leader Dauk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has said that he is now in mourning as a Muslim following the decision by ...

Judiciary website hacked over ‘Allah’ issue

News image

(The Star) - The Malaysian Judiciary’s website was discovered hacked and defaced on Thursday night and its homepage substituted with a threat to not pursue the issue of the Catholic weekly the Herald’s use of ...

My New Year Message to Malaysians

News image

 NO HOLDS BARREDRaja Petra ...

British law rules in getting RPK back

(NST) - Efforts to secure the return of fugitive blogger Raja Petra Kamarudin from the United Kingdom may not be a straightforward ...

MACC lodges report against Pornthip

News image

 (Free Malaysia Today) - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has filed a police report against Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) over her statement about the possibility that Teoh Beng Hock ...

How I ushered in the new year

News image

 While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I ...

Timeline 2009 (part 1)

News image

2009 was certainly a most eventful year. Let us recap on what happened in 2009 to get a better idea of what to expect this year. 2010 may ye...

2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing

“2010 will be a crucial year for Pakatan. Overall, optimism is high that we can advance further against the BN especially if all three DAP, PKR and PAS remember to ...

Missing F5E Engines!

This thing about missing items in the RMAF, and the Armed Forces as a whole, is an ongoing thing and there seems to be a lack of effort by the ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2010 Bagini Kesahnya

Latest Posts - Archives 2010

Popular Posts - Archives 2010