.

ARCHIVES ARCHIVES 2010 Bila Mat Ezam Rekrut Allah Saya Serender

Bila Mat Ezam Rekrut Allah Saya Serender


Tuesday, 03 August 2010 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mat Nor ini. Malah saya tidak ambil pot sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

DARI JELEBU
 
Hishamuddin Rais

Tapi apa yang hendak saya kesahkan di sini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Mat Ezam. Secara jujur saya katakan disini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setia usaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah aparachik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik  yang wujud hari ini.

Pada awalnya – saya terdengar – apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998 – ramai juak-juak Anwar termasuk Mat Ezam telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia tidak pula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil pot tentang juak juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami  juga langsung tidak ambil pot terhadap ‘polong-polong’ piliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah  saham’  dan ‘pink form’.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Mat Ezam muncul kembali – mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Mat Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa bengolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya. Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘teater’ berlakon bersama kami.

Juak-juak Anwar ini  sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan  juak juak ini  bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu ‘memberatkan’ Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila  Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan memungut zakat  harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas disini – Gerakan Reformasi tidak peduli hangguk sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau malaon mana pun yang menjadi PM. Yang penting  Mahathir Muhamad di dobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun – sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai  benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisatgion.

Pada ketika ini Mat Ezam  telah mudek kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Mat Ezam ini terkena penyakit KKS – kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Mat Ezam  telah mundar mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air lior basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip potongan salah satu dari ceramah Mat Ezam.  Menurut kawan saya ini klip ini dari siri ceramah perdana ‘Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo’. 

Saya kurang faham  apakah Khir Toyo seorang Jawa sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya pukul talipon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera – kawan saya ini ketawa berdekah dekah dan meminta saya  kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Ciss….bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Mat Ezam.

Mat Ezam telah mempotokopi gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah – satu masa yang lama dahulu – berkongsi pentas dengan Mat Ezam. Mat Ezam telah cuba meniru lenggok dan deram maarunah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak ‘geli’ tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang ori telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke  ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu menengok kawan lama ‘bertandak atas tong’ seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan Orang Selangor. Kalau tidak – dalam dalam gelap itu – boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi, Mat Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam  mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat. Cukup macho.

Tetapi sayang sekali, semuanya  telah menyakitkan hati Mat Ezam – bukan kerana yang mendengar tak ramai; ini pun satu hal – tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil pot dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat dek sahaja. Malah Lokman Adam seorang pemikir dalam gerakan pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Mat Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaan si penceramah akan melafaz doa berjela-jela dan was soli was soli dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang was soli was solinya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan was soli was soli ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Mat Ezam yang saya tonton. Lebih hebat dari semua was soli was soli. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Mat Ezam ini. Mat Ezam sebenarnya telah mendapat bantuan dari Allah. Betul. Ini bukan bohong.

Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol. Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves, Gua Herak, bersuluk, berkhalawat atau dia pergi bertapa. 

Mengikut ceramah Mat Ezam semenjak mendapat ‘info’ dari Allah maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Pak Sheikh Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang peliwat malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Mat Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dibahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu – saya agak kabur, apakah ‘info’ ini juga datangnya dari Allah atau datang dari Muhyiddin Yassin. Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya, merekrut Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Europah, maka  kita akan bertemu dengan para padri yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya telor Pak Tani apabila si Padri datang melawat kampong mereka. Bukan sahaja panen Pak Tani ini akan diambil Sang Paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan  atas permintaan tuhan. Khalas. Period.

Apabila Mat Ezam merekrut Allah maka saya angkat tangan serender. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi yang mengatakan Saiful tidak diliwat. Saya juga membaca maklumat dari laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Ini lah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan bahawa jubur Saiful tidak diusik.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Mat Ezam. Apabila Mat Ezam mendapat info dari Allah –  saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai maklumat Mat Ezam ini.

Tetapi – saya ada sadikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Mat Ezam apakah Allah tidak ada memberi dia tahu maklumat yang lain – tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Shahlinie yang selama ini masih hilang. Renung punya renung, saya merasa amat pelik mungkinkah Allah juga ada sikap ‘double standard’ - hanya tahu tentang Anwar sebagai peliwat dan tak ada info tentang Altantuya.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin – wallah hu alam bissawab – hanya Allah yang maha mengetahui. END

 

p/s: Sesiapa berjumpa Mat Ezam sila tanyakan hal ini agar kita semua dapat menyambut bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.


Comments (10)Add Comment
...
written by allangan2006, August 03, 2010 10:37:03
Ini merupa satu-satunya artikel yang terbaek yang saya pernah baca. Menariknya menyebabkan saya baca dari awal hingga ke penghujung. Tahniah Hishamuddin Rais. Otak ko memang geligat dan berfungsi secara maksima.
...
written by IbnAbdHalim, August 03, 2010 03:26:46
Ezam tu dah masuk suluk dan dapat kasyaf. Sedikit masa lagim dia akan mendapat wahyu. Maka benarlah selama ini para doktorv semuanya pembohong sedangkan Ezam mendapat ilmu laduni terus dari Allah yang nenyatakan bahawa Anwar memang lewat dan Ezam yang liwat Saifool.
...
written by Aduh, August 03, 2010 00:39:56
Who is ezam to receive info from Allah. ??? Is he trying to place himself in the same category as the prophets ???. What a pity !!! Gone senile at such young age. All because of umNO.
...
written by red1, August 02, 2010 23:16:54
somehow got deleted by accident my rest of the comment:

HR,
I understand why u do not support Anwar 100%. It is so true - power corrupts and absolute power corrupts absolutely. The history of secularism and separation from Church is clear. Priests abound to abuse. Even Imam al-Ghazali advised not to go near the Palace of this or that (justice? *giggles*)

When GE13 comes, BN will be finished and PR will be in power. I will stand by you and remain in opposition. Freedom requires constantly that voice from the wilderness. That is my freedom. As long as i obey and do not break Allah's rules i am contented to enjoy his Paradise on earth.

Take care Bro!
...
written by red1, August 02, 2010 23:12:26
Dear Hishamudin bin Rais,
You rock big time. I heard about you since the 70s. And i got a chance to meet you in Kpg Baru during one of those jalan raya flooded demos.

Thank you for feeding us some sense of realpolitik
...
written by sleeper, August 02, 2010 22:49:25
Brother... I really salute you... that witty way of you surrendering! wuahahaha.... by the time you heard "the almighty" your hand and hat is up... wuahahaha... I really salute you...
...
written by ibabonma, August 02, 2010 22:37:14
Ezam, masa depan kau dah hancur!

Cuba kau fikir, Saifool kata Anwar lanyak jubo dia berkali-kali. Kalau begitu mengapa kamu, Saifool, Najis, Rosmok, Guni Pigtail, Musang dan Rodwan tak pasang perangkap diwaktu yang lebih sesuai?

Bukankah Siput Babi2 ini terkenal dengan permainan kotor mereka seperti cara mereka memerangkap Zulkifly (laki seniwati Sarimah dahulu) untuk menyampakkan beliau kedalam ISA?



...
written by Pegasus, August 02, 2010 22:29:25
Mat Ezam adalah sesat macam ibrahim ali
...
written by cruzeiro, August 02, 2010 22:20:30
Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol. Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves, Gua Herak, bersuluk, berkhalawat atau dia pergi bertapa.
=======================================

ROTFLOL!!
Sham - you're definitely one of a kind la ..... barger you - I just love your writing style.
You should write more often for the benefit of the Malay-speaking ignoramuses .... we need more of you!!
...
written by zanie, August 02, 2010 22:07:34
"Mengikut ceramah Mat Ezam semenjak mendapat ‘info’ dari Allah maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2010

Where is PKR's new brand of politics?

By Sajahan Waheed and Aidi Amin, NSTWHEN Parti Keadilan Rakyat opened up its direct election process to ordinary members, little did it realise that this would expose frailties ...

Khir Toyo says in mourning over Allah ruling

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian InsiderSelangor opposition leader Dauk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has said that he is now in mourning as a Muslim following the decision by ...

Judiciary website hacked over ‘Allah’ issue

News image

(The Star) - The Malaysian Judiciary’s website was discovered hacked and defaced on Thursday night and its homepage substituted with a threat to not pursue the issue of the Catholic weekly the Herald’s use of ...

My New Year Message to Malaysians

News image

 NO HOLDS BARREDRaja Petra ...

British law rules in getting RPK back

(NST) - Efforts to secure the return of fugitive blogger Raja Petra Kamarudin from the United Kingdom may not be a straightforward ...

MACC lodges report against Pornthip

News image

 (Free Malaysia Today) - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has filed a police report against Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) over her statement about the possibility that Teoh Beng Hock ...

How I ushered in the new year

News image

 While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I ...

Timeline 2009 (part 1)

News image

2009 was certainly a most eventful year. Let us recap on what happened in 2009 to get a better idea of what to expect this year. 2010 may ye...

2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing

“2010 will be a crucial year for Pakatan. Overall, optimism is high that we can advance further against the BN especially if all three DAP, PKR and PAS remember to ...

Missing F5E Engines!

This thing about missing items in the RMAF, and the Armed Forces as a whole, is an ongoing thing and there seems to be a lack of effort by the ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2010 Bila Mat Ezam Rekrut Allah Saya Serender

Latest Posts - Archives 2010

Popular Posts - Archives 2010